Famili

8 Bulan Terpisah Dengan Keluarga, Kisah Lambaian Dari Sempadan Dua Negara Ini Undang Sebak

5
SHARES

Nampaknya, situasi pandemik  Covid-19 masih belum menunjukkan tanda reda. Ini juga termasuk negara kita dimana sedang menghadapi gelombang kedua yang menunjukkan peningkatan kes mendadak. Oleh itu, ini memberi kesan kepada semua orang bukan sahaja dari segi pekerjaan malah hubungan kekeluargaan.

Ada yang sudah berbulan malah bertahun tidak bertemu dengan keluarga kerana kekangan bekerja dalam jarak yang jauh. Ini juga termasuk dengan kisah sedih yang dikongsikan di laman Facebook dimana si ayah ini sudah hampir 8 bulan tidak bertemu dengan anak-anak dan isteri.

Lambaian dari sempadan dua negara

Kisah pasangan suami isteri dikenali sebagai Muhamad Faiz dan Shafikah Sarip ini yang nekad bertemu di sempadan antara Malaysia dan Singapura walaupun dalam jarak jauh beberapa hari lalu.

Terpisah hampir lapan bulan akibat penularan wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia, pasangan tersebut hanya mampu melepaskan kerinduan dari seberang laut.

Sabar ae bro nanti pergi Decathlon beli teropong kita cuba lagi 🔭 #201days#SGxMY 🇲🇾🔁🇸🇬#18march20tillnow#YNWA

Posted by Muhamad Faiz FS on Monday, October 5, 2020

Menerusi posting yang dimuat naik dalam laman Facebook Faiz, dia membuat panggilan video dari Wooddlands Waterfront Park di Singapura. Dia kemudiannya bertanya “Mana awak?” dan dibalas oleh isterinya “Saya kat sini, pakai baju hitam putih. Nampak tak?” sebelum melambaikan tangan kepada wanita itu.

Siap bawa teropong

Sementara itu, dalam video yang dimuat naik oleh Shafikah pula menunjukkan dua orang anaknya keriangan melihat bapa mereka melambaikan tangan dari seberang laut.

Tidak mahu melepaskan detik berharga tersebut, dia turut membawa teropong untuk melihat kehadiran suaminya itu dengan lebih jelas lagi.

Terdahulu, sempadan Malaysia dan Singapura ditutup bagi mengekang penularan virus berkenaan. Diharapkan semoga keluarga ini terus tabah dan dapat bersatu kembali tidak lama lagi apabila keadaan semakin pulih.

Sumber: Muhamad Faiz FS

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×