Famili

7 Petua Berkesan Buang Angin Dalam Badan

142K
reads

Masalah angin merupakan masalah yang sering kita alami. Biasanya berpunca daripada aspek pemakanan serta sistem penghadaman. Semua pasti pernah mengalami masalah ini tetapi bezanya adalah sama ada ia mudah keluar atau tidak dari badan.

Sesetengah orang mudah kentut, senang sendawa, tetapi ada juga yang mengalami masalah penghadaman sehingga menyusahkan untuk melepaskan angin baik dengan cara sendawa atau kentut.

Selalunya anda mengalami masalah angin dalam badan, pasti akan merasai simptom seperti perut kembung, badan lemah, terasa loya dan muntah. Perut kembung boleh berlaku disebabkan oleh angin yang disimpan di dalam usus disekat dan tidak berupaya untuk keluar.Aktiviti seharian para ibu bapa yang mengalami masalah angin ini pasti terganggu.

Kami kongsikan 7 mengikut petua hilangkan angin dalam badan yang boleh anda lakukan secara tradisional atau dengan senaman kerana angin dalam badan telah menjadi satu penyakit yang biasa dalam masyarakat.

7 Petua Buang Angin Dalam Badan

1. Makanan tambahan Vitamin C

vitamin-c-food-groups

Foto Kredit : philmaffetone.com

Vitamin C boleh buang angin dalam badan kerana Vitamin C boleh meningkatkan imuniti badan supaya ketahanan badan akan bertambah dan anda boleh merasa badan anda kembali dalam bentuk sihat.

Makanan tambahan adalah sangat penting untuk kesihatan diri terutamanya dari segi keseimbangan dalam ketahanan tubuh badan. Pelbagai jenis makanan tambahan yang mengandungi vitamin C yang kini dijual di pasaran.

Anda juga digalakkan mengambi makanan yang mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

2. Minuman halia

Ingwertee

Foto Kredit : blog.doctoroz.com

Ini adalah petua buang anginyang paling mudah dan paling sering diamalkan oleh ramai orang. Tambahan pula minuman yang berasaskan halia kini sudah dipelbagaikan.

Tetapi jika anda suka minuman halia yang semulajadi, ia tidak menjadi masalah besar dan lebih berkesan untuk membuang angin dalam badan.

Minum air halia yang dicampur sedikit dengan lemon dan madu untuk membantu masalah penghadaman dan masalah angin banyak dalam badan.

3. Makan bawang putih

1200x672-mv-blog-images-04

Foto Kredit : myvitamins.com

Kandungan bahan dalam bawang putih ini mampu mengusir angin dalam badan dengan cepat.

Kupas seulas bawang putih yang sederhana besarnya dan makan mentah-mentah. Badan akan menjadi hangat dan angin akan beransur keluar. Rasa mual dan pening akan berakhir

Ambil 5 ulas bawang putih dan bakar tetapi jangan sampai hangus. Kemudian, makanlah bawang tersebut. Hasilnya, angin dalam badan akan keluar secara perlahan-lahan.

3. Minum rebusan daun betik

Air rebusan daun betik boleh juga hilangkan angin dalam badan.

Caranya dengan rebus 4 hingga 5 helai daun betik dengan 1 liter air. Minum rebusan air dalam keadaan suam. Walaupun rasanya pahit, petua ini lebih mujarab.

4. Makan sup panas

young-woman-sitting-on-a-couch-in-a-bathrobe-eating-soup

Foto Kredit : youqueen.com

Inilah petua buang angin dalam badan yang sedap, iaitu dengan makan sup panas apabila kita mengalami masalah angin dalam badan. Kesan panas dalam badan ini boleh menghilangkan lesu yang berpunca daripada angin tersebut.

5. Kerok duit syiling

Pernah tak anda membuang angin dibadan dengan cara kerok duit syiling di bahagian badan?

Kebiasaannya badan dikerok menggunakan duit syiling licin supaya ia boleh membuka liang-liang kulit badan anda.

Petua ini dipercayai sejak sekian lama kerana boleh membuang angin dalam badan. Kerokan duit syiling ini boleh dilakukan untuk semua orang, kerana selain boleh hilangkan angin dalam badan, kerokan boleh sebagai cara melonggarkan otot dan urat yang tegang di badan.

Walaupun ramai mempertikaikan kesan kerokan seperti lubang liang kulit badan boleh membesar dan menambah teruk angin dalam badan, namun ramai yang telah merasai kerokan sebagai satu cara untuk buang angin dalam badan.

6. Bersenam

Ramai tidak tahu juga bahawa kadang-kadang orang mendapat angin dalam badan kerana jarang melakukan aktiviti atau pergerakan.  Bersenam adalah untuk mengeluarkan peluh dan menambah kelenturan otot-otot dalam badan supaya tidak terlalu tegang.

7. Relieving Wind Pose

pose8-955x1024

Foto kredit : consult-smp.com

Ia merupakan satu pergerakan yoga yang dipercayai dapat menghilangkan angin dalam badan anda.

Caranya dengan terlentang dan kemudian tarik salah satu lutut ke arah dada dan pegang dengan kedua-dua tangan, tarik lutut perlahan-lahan untuk lebih dekat dan lebih dekat ke arah dada anda, pegang dan ulang dengan kaki lain.

Pergerakan ini boleh membantu melepaskan gas yang tersekat di perut anda supaya mudah untuk dapat dilepaskan. Selain itu, senaman ringkas ini juga boleh menghilangkan sakit belakang di bahagian pinggang.

Walaupun masalah angin ini kedengaran tidak serius, namun jika dibiarkan ia berlarutan, badan akan menjadi lemah dan mengganggu aktiviti seharian.

Justeru, amalkan makanan yang seimbang dan gaya hidup yang sihat untuk memastikan badan akan sentiasa cergas. Namun jika sakit ini berterusan, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.

 

 

Yang Popular

To Top