Inspirasi

7 Anak Muda Team HAQ Lakar Kejutan Jadi Juara MPL Malaysia, Tewaskan Juara Betahan

1
SHARES

Pasukan e-sukan Team Haq menjuarai Liga Profesional Mobile Legends (MPL) MY musim ke-10 dengan mengalahkan juara bertahan Todak,4-2, baru-baru ini.

Kejuaraan yang diraih sekali gus melayakkan mereka untuk beraksi di Kejohanan Dunia Mobile Legends Bang Bang M4 (M4) dijadual berlangsung di Jakarta, Indonesia tahun depan.

Baca juga: 4 Gadis Wakil Team Malaysia Dalam Acara Robotik Olimpik Antarabangsa Di Swiss!

7 ANAK MUDA TEAM HAQ LAKAR KEJUTAN JADI JUARA JUARA MPL MALAYSIA

Pada pusingan pertama dan kedua apabila berjaya mendahului Skuad Todak namun pada pusingan ketiga dan keempat, skuad Todak menyamakan kedudukan.

Team Haq kembali bangkit menewaskan mereka pada dua pusingan terakhir dan berjaya meraih kejuaraan buat pasukan mereka.

Kemenangan Team Haq sudah tentunya mengharumkan nama Malaysia di persada dunia dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut mengucapkan tahniah kepada pasukan e-sukan itu.

“Sudah terbukti bakat-bakat anak muda e-sukan kita semakin hebat. Semoga pertandingan di peringkat dunia akan menyerlahkan lagi bakat mereka. Malaysia Boleh,” ujarnya menerusi posting di Facebook.

Team Haq dibarisi oleh lima pemainnya iaitu Muhammad Syafizan, Aiman Zairie Anuar, Poh Chun Wai, Aimin Zairie Anuar dan Mohamad Nilzaihan manakala Skuad Todak dibarisi Idreen Abdul Jamal, Wan Usman, Zikry Shamsuddin Muhammad Danial Mohamad Fuad dan Muhammad Qayyum Ariffin.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×