Sihat

6 Jenis Jus Buah & Sayur Sesuai Diamalkan Ketika Diet, ‘Confirm’ Kurus!

34
SHARES

Kesedapan dan kesegaran buah-buahan memang sedap dan bagus jika diamalkan dalam kehidupan seharian. Tambah-tambah yang sedang berdiet, pengambilan buah dan sayur amat penting untuk membantu penuran berat badan secara seimbang.

Pemilihan buah haruslah tepat dan betul kerana gula yang terdapat di dalam buah juga harus dikira. Jika tinggi gula, maka tidak sesuailah untuk diet. Betul tak? Di sini, kami akan kongsikan jus buah atau sayur yang sesuai diamalkan untuk mendapat berat ideal.

Baca juga: 4 Menu Diet Sedap Tanpa Perlu Berlapar, ‘Confirm’ Diet Tak Kelaut

ENAM JENIS JUS BUAH ATAU SAYUR TERBAIK UNTUK DIET

1. JUS SAYUR HIJAU

Sebut sahaja sayur hijau, pasti ramai yang tidak mengemari kan? Apa kata lepas ini, buat jus sayur hijau menggunakan kailan, bayam, kubis dan lain-lain.

Sayur-sayuran hijau mempunyai gula yang rendah,  serat dan kaya dengan sifat antioksiden serta antiradang. Kajian juga mendapati, pengambilan sayur hijau mampu mengelakkan berat badan naik secara mendadak.

2. JUS BUAH TEMBIKAI

Buah paling sedap untuk dimakan atau buat jus. Buah tembikai mampunyai kalori yang rendah serta kandungan mikronutrien yang bagus untuk jantung.

Selain itu, kandungan air yang banyak dalam buah tembikai mampu membuat anda kenyang lebih lama berbanding buah-buahan lain. Pengambilan jus buah tembikai sebanyak 300 gram secara setiap hari mampu membantu dalam penurunan berat badan.

3. JUS BUAH DELIMA

Kajian mendapati buah delima mampu menghalang pengumpulan lemak dan penambahan jisim dalam badan. Buah delima juga dikatakan bagus untuk minda dan memori seseorang individu.

4. JUS LOBAK

Jus lobak kaya dengan vitamin A dan bagus untuk mata anda selain kandungan karotenoid yang tinggi mampu membantu dalam proses penurunan berat badan. Pengambilan jus lobak juga mampu mengatasi masalah perut buncit. Wah hebat kan?

5. JUS UBI BIT

Jus ubi mempunyai kalori rendah dan serat yang tinggi. Kebanyakkan para atlet akan mengambil jus ini untuk meningkatkan tahap pretasi mereka.  Walau bagaimanapun, proses membuat jus sayur ini mungkin akan menghilangkan banyak nutrisi pada jus.

6. JUS LEMON + HALIA

Akhir sekali ialah jus lemon dicampur bersama halia. Lemon mampu menambah perasa dalam minuman dan kaya dengan antioksiden. Halia pula dapat membantu proses metabolisme dengan mengurangkan selera makan serta berat badan. Gabungan lemon dan halia sangat sedap kerana rasa yang sedikit masam dan pedas yang dihasilkan oleh halia.

Sumber: Hello Doktor 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×