Didik

6 ‘Hint’ Yang Menunjukkan Anak Sayangkan Ibubapanya Melalui Kelakuan, Jom Kita ‘Check’!

7.6K
SHARES

Siapa yang tak mahu anak sayangkan ibu dan ayah kan? Seperti mana kita sebagai ibubapa sayangkan mereka, kasih sayang yang sama juga kita mahukan sepanjang hayat kita. Namun, tahukah anda bahawa cara kita melayan dan mendidik anak adalah salah satu penentu kepada aras ‘kasih sayang’ anak terhadap ibubapa mereka sendiri? Nak tahu ‘hint’ bahawa anak sayang diri kita atau tak, jom baca penerangan ini!

http://sahm.org/

“HINT” ANAK SAYANG MAK AYAH

http://www.huffingtonpost.com/

Semasa anak umur 9 bulan:

Anak: “Tatattataa”…. “Papapapa”… “Nananana”…
*Sambil datang dekat ayah

Ayah: Ahh senyaplah, memekak je ayah nak tengok video ni!
*Sambil tolak anak ke tepi dan sambung tengok handphone

Semasa anak umur 2 tahun:

Ayah: Abang, abang sayang ayah tak? Kalau sayang sinilah peluk ayah.
*Sambil mendepakan tangan

Anak: ….. er… er… hmm..
*Sambung main dan menjauhkan diri dari ayah

www.kidsplay.com.tw

Sebenarnya anak belajar bercakap, berinteraksi dan berfikir melalui pemerhatian dan meniru perbuatan orang sekeliling terutamanya mak ayah. Kalau di rumah sudah terbiasa ditengking, dipukul dan dimarah maka tak hairanlah di sekolah anak akan melakukan perkara yang sama. Kalau di rumah sudah terbiasa tidak dilayan, dibelai, dan tidak dihiraukan. Tidak mustahil anak akan buat perkara yang sama pada mak ayah pada masa akan datang sebab rasa dirinya tidak penting bagi mak ayah.

Elakkan perkataan KALAU

“KALAU saya selalu bagi perhatian dekat dia mesti dia tak banyak tantrum macam sekarang”
“KALAU saya tak bagi gadget dari bayi mesti dia dah boleh bercakap macam anak lain”
“KALAU saya selalu luangkan masa dengan dia, mesti dia akan dengar cakap saya”
“KALAU saya selalu peluk dan cium dia dulu, mesti dia tak mengelak bila saya nak peluk dia”

sg.theasianparent.com

Jangan menyesal dikemudian hari. Mengelak lebih baik dari merawat. Tunjukkan kasih sayang kita pada anak. Bagi anak rasa kepentingan mereka dalam hidup kita. Tak ada guna setiap hari cakap “I Love You” tapi tak disertai perbuatan sebab anak tak faham pun. Mak ayah perlu tunjukkan kasih sayang dengan perbuatan bukan hanya kata-kata.

http://edition.cnn.com/

Untuk kaum ayah, bukan jadi romantik dengan isteri sahaja tau tapi perlu juga “romantik” dengan anak. Kalau yang memang jenis hati kering tak ada perasaan, kena belajar juga tunjukkan kasih sayang pada anak sepaya anak rasa kasih sayang kita. Peluk, cium pipi, bagi perhatian, urut lembut dan selalu senyum dan ketawa bersama anak sebagai tanda kita sayang mereka.
Tak perlu malu nak cakap “I Love You”, tak luak pun. Walaupun anak belum pandai membalas dengan cakap “I love you too Mummy Papa” tapi sebenarnya banyak “hint” yang ditunjukkan oleh anak yang menunjukkan mereka sayang kita.

CONTOH SITUASI

1. Kalau anak datang nak peluk kita, layankan dan jangan abaikan mereka. Kalau kita kerap abaikan mereka, sampai satu tahap kita nak peluk pun susah. Kita nak sentuh pun susah. Kita nak cium pipi pun susah. Masa itu baru rasa menyesal. (Salah satu tanda masalah sensory processing disorder).

www.elitereaders.com

2. Kalau anak nak main-main suap kita, layankan. Itu salah satu tanda mereka sayang kita dan teringin nak balas jasa kita dan jaga kita seperti mana kita jaga mereka. Ini juga sebenarnya salah satu tahap dalam perkembangan sosial.

3. Kalau anak datang panjat kita, maksudnya mereka rindu kita. Rindu bau kita, rindu kehangatan pelukan kita. Balaslah pelukan anak sambil cakap kita sayang mereka.

4. Kalau anak kacau kita masa kita tengok handphone atau campak handphone kita maknanya mereka rasa “dicurangi” oleh handphone umpama ada orang ketiga yang merampas kasih sayang dan perhatian kita. Tutuplah handphone jika anak tiba-tiba nak tengok dan “spotcheck” handphone kita sebelum pecah dibaling.

http://time.com/

5. Kalau anak sepahkan segunung baju yang baru dilipat, maksudnya anak nak membantu meringankan beban kita tapi belum tahu cara. *Think Positive

6. Kalau anak menangis bila kita berhenti menyanyi maksudnya suara kita sedap mengalahkan suara Siti Nurhaliza.
Banyak sebenarnya perbuatan-perbuatan anak yang menunjukkan mereka sayang kita jika kita hargai dan hayati masa bersama mereka. Banyakkan masa berkualiti dengan anak, insyaAllah berkembangan emosi anak akan stabil dan mudah diurus bila anak meningkat dewasa.

http://www.parents.com/

Masa kanak-kanak anak kita hanya sekali, bukan sampai besar dia perlu didukung, paksa kita untuk menyanyi untuk dia, panjat-panjat kita, main suap-suap kita dan lari pada kita nak minta peluk. Satu masa nanti bila semua itu dah tak ada, anak dah mula sibuk dengan urusan sendiri dan dah pandai uruskan diri sendiri lagi-lagi kalau masuk asrama. Barulah kita rindu zaman itu. Rumah yang riuh dari celoteh dan gelak tawa anak tiba-tiba jadi sunyi, masa itu baru kita rindu dan menyesal kenapa tidak hargai masa.

giphy.com

*Kesimpulannya, jadikan diri kita sebagai medium utama dalam pembelajaran anak bukannya tv atau gadget. Gunakan masa dan hargai zaman kanak-kanak anak. Semoga bermanfaat, terima kasih.

Perkongsian ini adalah hasil penulisan dari Maryam Jamadi, Occupational Therapist / Terapis Carakerja di laman Facebooknya.

Sumber: Maryam Jamadi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×