Didik

6 Cara Untuk Anda Berhadapan & Berinteraksi Dengan Anak Autisme

81
SHARES

Anak Autisme mempunyai rupa yang sama seperti biasa. Namun setiap mereka mempunyai simptom yang berbeza dan keunikan diri masing-masing. Masyarakat jarang diberi pendedahan tentang cara untuk berinteraksi  dengan anak-anak autisme. Jadi, macam mana kalau kita nak tegur anak-anak autisme dengan cara yang betul terutama sekali di tempat awam?

1. Biarkan anak anda bermain dengan anak autisme seperti biasa.

Anak-anak Autisme juga memerlukan kawan lingkungan umur mereka.  Jadi, biarkan anak anda bermain dengan anak-anak ini supaya stigma dan persepsi masyarakat yang tidak pernah berkomunikasi dengan anak autisme dan juga keluarga dapat diubah.

2.Berhati-hati ketika berkata-kata

Anak autisme mempunyai isu sensori yang akan menyebabkan kecelaruan emosi mereka. Walaupun mereka mungkin tidak faham apa yang anda katakan, tetapi tak bermakna mereka tiada perasaan.

3.Banyakkan bersabar

 

 

Perkembangan saraf individu autisme mungkin lebih lambat berbanding dengan individu lain.Walaubagaimanapun, itu bukanlah alasan untuk kita melemparkan kemarahan kepada mereka. Sebaliknya, kita seharusnya lebih bersabar melayan mereka.

4.Kekal tenang jika anak autisme ‘meltdown’

‘Meltdowns’ akan berlaku kepada individu autisme kerana terlalu teruja atau tidak selesa dengan persekitaran mereka. Jika berlaku ‘meltdown’ di tempat awam, ahli keluarga kepada individu autisme akan sedaya upaya menenangkan mereka. Sebagai orang awam, perlulah kekal tenang ketika berada di kawasan tersebut.

5.Cakap dengan straightforward

Seperti yang dinyatakan, individu autisme mengambil lebih masa untuk proses sesuatu maklumat. Jadi, untuk berkomunikasi dengan anak autisme perlulah straightforward supaya lebih mudah untuk mereka faham.

6.Tunjukkan rasa sayang seperti biasa

Anak autisme mungkin jarang menunjukkan perasaan atau bercakap tentang perasaan sendiri. Tapi, mereka masih memerlukan rasa sayang dan sokongan dari masyarakat.

Masyarakat sering diingatkan tentang kesedaran tentang autisme. Sebaliknya, anak-anak ini memerlukan penerimaan dari masyarakat majmuk supaya mereka dapat kehidupan seperti biasa.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×