Asuh

5 Tips ‘Read Aloud’ Bila Baca Buku Dengan Anak Supaya Mereka Ingat Sampai Bila-Bila

20
SHARES

Semasa melalui proses membesar, bukan sahaja anak-anak perlu didedahkan dengan dunia luar, malah amalan membaca juga adalah perkara yang sangat penting. Bukan sahaja membaca secara sendiri, mak ayah juga mempunyai peranan penting dalam teknik membaca secara ‘read aloud’ seakan-akan bercerita buat anak-anak. Ini 5 tips bonding semasa baca buku dengan anak supaya mereka ingat sampai bila-bila!

Baca juga: 10 Cara Nak Buat Anak Mudah Dengar Cakap Kita

5 TIPS READ ALOUD BILA BACA BUKU DENGAN ANAK, BARULAH MENARIK!

Membaca buku dengan anak-anak ni seronok kan? 5-15 minit “masa emas” dengan anak. Bonding time yang inshaa-Allah anak akan ingat sampai bila-bila. Saya nak share 5 TIPS yang boleh mommies buat semasa membaca buku dengan anak kesayangan.

1) PILIH SEBUAH BUKU YANG SESUAI

Buku yang nak dibaca bersama mestilah menarik minat ibu dan anak. Contoh anak suka cerita dinosaur. Pilih buku berkaitan dinosaur yang best-best dan sesuai dengan usia anak.

2) LETAK EMOSI DALAM SETIAP CERITA

Baca dengan nada berirama. Intonasi ada naik dan turun. Bukan straight je. Kita kan bercerita kepada anak. Reading to “child” not “chair”..okay?

3) LIBATKAN ANAK SEMASA SESI BERCERITA

Tanya anak apa yang berlaku. Ini apa? Objek ni warna apa? bentuk apa? Untuk anak yang sudah pandai membaca, cuba mommies sebut perkataan tu dengan salah. Nanti tengok, happy betul diaorang betulkan kita. Then boleh inform anak its okay to make mistake, dear.

4) MASUKKAN BUNYI

Buat kesan bunyi yang mantap. Huarghh, kebaboom, splish-splash. Over pun tak apa, its okay! Ini cara untuk taknak bagi anak boring.

5) LAST BUT NOT LEAST, MESTI ENJOY!

Ini part last yang penting tau. Anak kadang tahu apa emosi kita. So jadikan masa membaca ni sebagai masa berkasih-sayang. ‘Bonding time’. Jadi inshaa-Allah, bila anak bersama dengan buku, diaorang akan kaitkan dengan kasih-sayang.

Sumber: Azila Ghani

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×