Asuh

10 Cara Nak Buat Anak Mudah Dengar Cakap Kita

11.7K
SHARES

Makin membesar anak-anak, makin susah untuk mereka mendengar cakap kita bukan? Pantang dipanggil tapi diam sahaja tanpa seribu bahasa. Tapi ini tidak bermakna anak-anak tersebut dikategorikan sebagai anak-anak yang degil. Terdapat 10 cara yang anda boleh guna untuk buat anda mudah dengar cakap kita.

Baca juga: ‘Bunyi Macam Best Tapi Maksud Anak Syaitan’- Ini Panduan Pilih Nama Anak Dalam Islam

10 cara buat anak mudah dengar cakap kita

Anak tak dengar cakap bukan tanda dia degil atau keras kepala tapi cara kita bercakap yang tak kena dengan Hearing Capacity dia.

1. Panggil nama dia

Kita bila ada orang panggil nama kita comfirm kita akan toleh, sama juga dengan anak. Nak lagi berkesan panggil terus nama penuh dengan nama bapa. “Muhammad aisy rizqi bin mohd fhais, kemas mainan ni” – contoh

2. Grab attention dia

Kadang punca anak tak dengar cakap sebab dia sedang ralit buat benda lain. Budak tengah ralit tengok tv, kita cakap apa pun dia tak endah. Bazir air liur je membebel. Contoh grab attention, tutup televisyen tu confirm anak bagi attention. Tapi kena la panggil 2-3 kali dulu, jangan terus tutup, jaga adab kita sebagai parent.

3. Guna bahasa yang cantik

Bahasa kita ni besar impaknya. Setiap perkataan yang kita keluarkan akan anak dengar dan membina kamus bahasa dia.
Sebab tu jika bahasa kita tak cantik, bahasa anak pun jadi tak cantik. Kamus yang sama digunakan. Makin lama, makin tak cantik perangai dia. Makin lama, makin susah dia nak dengar cakap.

4. Bina connection dahulu

Nak tegur atau nasihat bina connection dulu, usah terus nak hentam anak tu. Memang dia salah, tapi kesalahan tu tak disengajakan. Anak baru belajar. Contohnya, bina connection dengan pastikan ada eye-contact. Paras mata kita sama dengan paras mata anak. Elakkan menegur anak dalam keadaan kita berdiri dan anak kena mendongak untuk tengok kita.

5. Cakap sesimple yang boleh

Ada bezanya bercakap dan bagi ceramah. Ceramah ni meleret-leret dan mencampah. Tu yang kita berleter, satu apa pun anak tak ikut. Short & precise. Nak cakap dengan anak pastikan ia pendek dan tepat pada perkara yang nak di tegur. Jangan nak tegur anak tak fokus belajar kita meleret-leret sampai dah besar nanti nak jadi apa kalau tak belajar. Huh!

6. Suara lembut tapi tegas

Dari pengalaman suara lembut adalah suara yang paling mudah meresap ke dalam hati anak-anak. Dia senang ikut dan ingat.Tapi untuk mendidik kena la ada ketegasan dalam percakapan tu. No means no, jangan cepat lentok bila anak buat perangai.

7. Bagi solusi atau harapan

Otak kanak-kanak ni 91 peratus terbentuk sampai usia dia 7 tahun. Usah kita isi otak dia dengan masalah, kesalahan dan kegagalan yang dia dah buat sahaja. Bagi juga dia solusi, alternatif dan harapan untuk setiap kesalahan yang dia dah buat. Dari situ la dia belajar jadi lebih baik. Kita pun senang kemudian hari.

8. Tanya soalan

Bercakap satu hala ni bosan, tak beri impak kat otak. Sekali sekala tanya soalan kat anak supaya otak dia bekerja sikit.

Contoh :

“Kakak rasa tidur lambat ni bagus ke?”

“Kalau tak fokus masa belajar abg ingat ke apa cikgu ajar?”

9. Beri peluang

Sentiasa beri peluang untuk anak bela diri, meluah, dan bagi cadangan jika dia ada. Itu la tanda wujudnya sifat toleransi ibu ayah. Dengar je dulu, ikut atau tidak bergantung pada keadaan.

10. Teknik reasoning

Teknik reasoning ni sesuai untuk semua peringkat umur tapi gaya bahasa tu berbeza ikut umur. Cara nak guna teknik reasoning ialah :

– Jelaskan kenapa kita tak setuju

– Beri alternatif apa yang anak nak

Teknik ni adalah satu dari banyakkan persuasive communication skils untuk dapatkan kerjasama anak. InsyaAllah berkesan.
Akhir kata. Anak kita bukan tak nak dengar cakap tapi kadang-kadang cara, timing dan teknik kita bercakap tu yang tak mampu didengari olehnya sebab kelemahan fitrah anak-anak kita.

Wallahu A’lam.

Sumber: Mohd Fhais Salim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×