Didik

5 Sebab Ekspo Pendidikan Diadakan! No 5 Tu Tak Pernah Ada Lagi rasanya!

478
SHARES

Masih tak pasti kemana hala tuju anak anda selepas ni? Ragu-ragu nak mereka lanjutkan pelajaran dimana? Bidang apa yang sesuai? Dan bagaimana caranya? Jangan bimbang! Ekspo Pendidikan Tinggi 2017 dah kembali! Kali ini lebih meriah dan banyak penyertaan daripada kolej dan universiti terkemuka negara ye! Confirm ada yang sesuai nanti!

1. RAMBANG MATA! PELBAGAI PILIHAN BIDANG PENGAJIAN!

Disini anda boleh mencari semua jawapan bagi pertanyaan anda! Bahkan anda boleh memilih dan mendapatkan maklumat terperinci bidang pengajian yang diminati oleh anak mahupun adik anda minati. Bayangkanlah pelbagai bidang serta jurusan ditawarkan seperti Muzik, Perniagaan, Undang-undang,Perubatan, Kabin Krew, Kejuruteraan, Multimedia & pelbagai lagi.

2. KHIDMAT NASIHAT DARI PAKAR! BANYAK BOLEH TANYA!

Lebih menarik disini anda boleh dapatkan khidmat nasihat pakar dalam setiap bidang yang ingin diterokai. Inilah peluang anda untuk memilih tempat terbaik buat anak mahupun adik-adik anda. Bukan apa kalau boleh biarlah anak dan adik anda mempelajari sesuatu yang mereka minati jadi mudahlah untuk mereka tackle bidang tersebut.

3. PELBAGAI PERINGKAT PENGAJIAN! SEMUA ADA!

Mesti anda tertanya-tanya, peringkat pengajian apa yang ditawarkan di Ekspo Pendidikan Tinggi 2017 kali ini? Betul tak? Kalau nak tahu kali ini Ekspo Pendidikan Tinggi 2017 menawarkan pelbagai program merangkumi peringkat Diploma, Ijazah sarjana muda, MASTER &PhD. Kalau anda nak sambung study pun boleh. Tak ada masalah..

4. PENDEDAHAN PEMBIAYAAN PENGAJIAN! BANYAK BIASISWA RUPANYA!

Normal sangatlah bila nak study kita fikir pasal pembiayaan pendidikan. Ye la! Sekarang ni semuanya melibatkan kos. Tapi anda jangan bimbang. Melalui Ekspo Pendidikan seperti inilah akan menerima pendedahan mengenai peluang yang anda ada untuk memohon biasiswa mahupun membuat pinjaman pembiayaan.

Sebenarnya ada banyak biasiswa yang ditawarkan begitu juga dengan pinjaman pembiayaan pendidikan. Cuma mungkin kita kurang arif. Jadi inilah sebab kita kena datang ke Ekspo Pengajian Tinggi 2017 yang bakal diadakan di Pusat Pameran Mid Valley, Kuala Lumpur pada 9 & 10 Disember nanti. Bolehlah kita dapatkan lebih pencerahan semasa berada di sana.

5. ADA CONTEST! PELBAGAI HADIAH! ADA MAJALAH PERCUMA LAGI!

Sertai PLINKO Contest melalui https://goo.gl/forms/e6vjz60PPncFCdHU2. Pertama kali diadakan di Ekspo Pendidikan. Boleh menang banyak hadiah! Ditaja khusus oleh Brickfields Asia College (BAC). Kita ada ASUS Notebook, produk T3 Pimple , produk Baby Foot ​, baucer rebat Fish & Co. RM30 ,​ baucer rebat Mohd Chan RM30, diskaun sebanyak 40% bagi produk ​LARRIE dan lain-lain

Tertakluk kepada terma dan syarat. Pelajar digalakkan buat pre-register secara online di https://goo.gl/forms/hFvFwlWnmq5WqvNn1 bagi mengelakkan kesesakan semasa Ekspo Pendidikan berlangsung.

Selain itu, kolej dan universiti yang join Ekspo Pendidikan Tinggi 2017 kali ini bukan yang biasa-biasa tau! Sebaliknya mereka adalah barisan kolej & universiti terbaik negara yang turut mendapat pengiktirafan daripada luar negara.

Ekspo yang bakal berlangsung di Pusat Pameran Mid Valley, Kuala Lumpur (Dewan 1, 2 & 3, Atrium & Foyer) pada 9 & 10 Disember cukup istimewa kerana ada pelbagai contest dengan hadiah menarik dan boleh dapat majalah COURSESMALAYSIA, 2018 FSI Complete Guide of Further Study dan majalah Skill Training secara percuma. Ye percuma! Awesomekan?

Jadi inilah peluang terbaik untuk anda berikan pendedahan kepada anak, adik mahupun diri anda sendiri untuk menerokai bidang yang diminati. Jadi apa lagi yang anda tunggu? Jom pakat-pakat kita singgah ke Pusat Pameran Mid Valley, Kuala Lumpur. Masuk adalah percuma bermula dari jam 11 pagi hingga 7 malam. Jumpa anda disana!

** Terhad kepada 500 setiap hari bagi setiap majalah.

Klik sini untuk maklumat lanjut

http://www.sureworks.info/upcomingfair/education-further-studies-fair-series-46/

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×