Famili

5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan

21K
SHARES

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyddin Yassin baru-baru ini meluluskan Bantuan Prihatin Elektrik tambahan kepada semua pengguna elektrik dalam kategori domestik di Semenanjung. Jika sebelum ini ada diskaun Prihatin, kali ini bantuan itu ditambah lagi bagi membantu lebih ramai pengguna.

Apa penambahan untuk Bantuan Prihatin Elektrik ni?

Jom kita fahami dengan lebih lanjut.

1. Apakah perbezaan pengguna elektirk bawah 300kWj & pengguna lebih 300kWj?

Pengguna domestik dengan bil elektrik sebanyak RM77 ke bawah (penggunaan 300kWj ke bawah) bagi bulan April, Mei dan Jun 2020 adalah percuma.

Manakala, pengguna yang menggunakan elektrik lebih dari 300kWj pula akan menerima potongan bil elektrik sebanyak RM231 bersamaan RM77 sebulan untuk bulan April, Mei dan Jun. Tempoh tiga bulan ini merupakan tempoh sepanjang PKP berlangsung.

2. Apakah perbezaan antara Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) ini dengan diskaun PRIHATIN?

Diskaun Prihatin diberikan kepada para pelanggan bermula April 2020 sehingga Disember 2020, manakala BPE adalah bantuan tambahan yang diberikan secara sekali gus bagi meringankan beban kenaikan bil yang lebih tinggi sepanjang April 2020 hingga Jun 2020 yang dihadapi para pelanggan domestic

3. Jika bil pengguna 601-900kWj macam mana pula? Layakkah menerima BPE?

Semua pelanggan domestik LAYAK menerima manfaat BPE termasuklah pengguna elektrik 601-900kWj. Di samping itu, pelanggan domestik yang menggunakan antara 601 sehingga 900kWj sebulan akan menikmati diskaun tambahan sebanyak 10%!

Jumlah ini merupakan tambahan 8% daripada kadar diskaun sedia ada iaitu sebanyak 2%. Anda boleh rujuk jadual di atas untuk lebih jelas.

4. “Saya tak tinggal di premis saya & dikenakan cas minima RM3. Saya layak tak terima bantuan ni?”

Ya! Anda juga layak untuk menerima bantuan ini kerana bantuan ini. Bantuan Prihatin Elektrik diberikan kepada semua pelanggan domestik termasuk pelanggan yang telah dikenakan cas minima.

5. Terima notis makluman pada bulan Julai 2020 selepas meter dibaca?

Semua pelanggan domestik akan menerima satu Notis Makluman mengenai Bantuan Prihatin Elektrik pada bulan Julai 2020 selepas meter dibaca.

Dalam tempoh tujuh hari berikutnya, anda akan menerima bil bulan Julai 2020 berserta penyata terperinci* Bantuan Prihatin Elektrik tambahan. Bil dan penyata tersebut akan dihantar melalui pos ke premis pelanggan.

Kalau nak lebih senang, anda boleh mendapatkan bil dan penyata tersebut melalui aplikasi atau portal myTNB, 48 jam selepas Notis Makluman diterima.

*Hanya tertakluk sekiranya anda menerima bil sebenar bagi bulan Jun 2020

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai Bantuan Prihatin Elektrik melalui 3 cara mudah seperti di bawah:

  • Hubungi TNB CareLine di talian 1-300-88-5454

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×