Bagi yang suka shopping di Johor, anda pasti terkejut bila dapat tahu ada sebuah shopping mall besar telah dibuka di Johor Bahru. Ia telah dibuka pada 28 November 2017. Heee. ? Shopping mall ini dikenali dengan nama…
PARADIGM MALL JOHOR BAHRU!
Ramai orang Johor nantikan saat bahagia ini. Paradigm Mall Johor Bahru telah dibuka secara rasmi pada 28 November 2017. Yang duduk Johor tu, tak legend lah kalau tak singgah. Inilah lima perkara yang patut anda tahu tentang Paradigm Mall Johor Bahru.
SHOPPING MALL TERBESAR DI SELATAN SEMENANJUNG MALAYSIA
Dengan reka bentuk lebih daripada 1 juta kaki persegi, Paradigm Mall Johor Bahru menjadi shopping mall terbesar di Johor Bahru. Kawasan bangunan sehingga 13 ekar tanah ini akan menampilkan 7 tingkat dengan 500 lot kedai. Wow! ? Kagum gila dengan seni binanya.
BUKAN SHOPPING MALL BIASA-BIASA
Projek Paradigm Mall Johor Bahru ini dikendalikan di bawah WCT Hartanah Jaya Sdn Bhd, bukan calang-calang. Selain zon shopping, Hotel 4-Star dan Apartment Brio Residences turut akan dibina. Boleh shopping sampai pengsan macam ni. Ada lebih daripada 4200 tempat letak kereta di sini. ? Gempaklah.
HIBURAN DIGEMARI, PASTILAH ICE SKATING!
Buat pertama kalinya, Paradigm Mall Johor Bahru akan menampilkan Ice Skating Rink terbesar di Selatan Semenanjung Malaysia. Tak perlu risau, yuran untuk meluncur adalah mampu milik. Best! ☃️ Ice Skating Rink ini turut membuka peluang kepada pelatih untuk membuka kelas meluncur. Boleh meluncur sendiri, tak ada masalah!
Paradigm Mall Johor Bahru turut mempunyai PARKSON pertama di Johor. Para ibu pasti suka. Ia juga memiliki panggung wayang Golden Screen Cinema terbesar. Boleh tengok movie puas-puas. Yang suka aktiviti lasak boleh pergi ke Indoor Rock Climbing Center. Bawa anak-anak sekali. ☺️ Lagi syok!
DITERAJU OLEH PARKSON, PELBAGAI FESYEN DAN BARANGAN RUMAH ADA!
Yang suka beli barangan kat Parkson, ini berita gembira buat anda. Peneraju utama Paradigm Mall Johor Bahru adalah Parkson yang menawarkan segala-galanya daripada fesyen ke barangan isi rumah. Berseronoklah orang Johor selepas ini. Dapat juga merasa fesyen yang pelbagai. ???
ADA 500 KEDAI DENGAN JENAMA TERKEMUKA
Ini paling orang perempuan suka. Ada 500 kedai dengan pelbagai jenama terkemuka dibuka di Paradigm Mall Johor Bahru. Jenama terkemuka termasuklah SPAO, Uniqlo, Harvey Norman, G2000, Cotton On, Celebrity Fitness, PADINI, Popular, KAISON, Adidas, Akemi-Uchi, Al-ikhsan dan lain-lain. ?
Lapar pula lepas shopping. Jangan risau, Paradigm Mall Johor Bahru ada banyak kedai makan. Ada Subway, Marrybrown, KFC, Pizza Hut, Sushi King, Ayam Penyet Best, Starbucks, Baskin Robbins, Seoul Garden, The Chicken Rice Shop dan lain-lain. Tinggal pilih sahaja. Hehe. ?
TERLETAK DI JALAN SKUDAI
Jalan Skudai adalah salah satu jalan utama di Johor Bahru, menjadikan Paradigm Mall Johor Bahru senang nampak sebab ia berada dalam bandar. ? Anda akan sampai dalam 10 minit dari pusat bandar Johor Bahru, dan hanya 20 minit dari Singapura. Tapi hanya jika tiada kesesakan lalu lintas. Hehe.
So, pasti ramai tak sabar nak shopping di Paradigm Mall Johor Bahru bukan? Admin pun begitu. Surau juga ada disediakan di sini. Fasiliti dan kemudahan pun lengkap. Tak perlu risau la. Weee…
Nak info lanjut tentang Paradigm Mall Johor Bahru ini, anda boleh klik sini. Jangan lupa like dan follow mereka di Facebook Paradigm Mall Johor Bahru dan Instagram @Paradigm.JB ya. Tarikh ia dibuka rasmi pada 28 November 2017. Shopping puas-puas tau kat sana! ??