Rakyat

Dr Ini Terangkan 5 Kategori COVID 19 Yang Boleh Menyerang Kita Dalam ‘Senyap’

160
SHARES
5 kategori covid

Kes COVID19 semakin meningkat dengan mendadak dari hari ke hari dengan jumlah yang amat membimbangkan.

Hari ini, negara kita mencatatkan rekod rekod tertinggi sekali lagi dengan 8290 kes positif.

Apa yang menakutkan, wabak ini kini menyerang sesiapa saja malah boleh menyebabkan simptom ‘happy hypoxia’, iaitu di mana seseorang yang mengalami kekurangan oksigen tetap kelihatan normal kerana tubuh tidak merespon terhadapnya.

Oleh itu, penting untuk kita sentiasa alert dan peka dengan keadaan kesihatan kita serta mengetahui kategori COVID 19 yang boleh menyerang tubuh.

Baca juga: COVID19: Kanak-kanak & Bayi Kini Golongan Berisiko Selepas Warga Emas

Di sini kami kongsikan info dari Dr Muhaimin Abdullah tentang 5 Kategori COVID 19 yang perlu kita fahami agar ia dapat dikesan dan dirawat seawal mungkin.

Jom ikuti perkongsian beliau selengkapnya di bawah ini:

5 kategori covid

5 Kategori COVID 19

Kes CAT 4 dan CAT 5 makin meningkat di CAC!

Harini nak share apa itu Category staging untuk COVID-19..

KATEGORI 1

CAT 1: pesakit tiada apa2 gejala/ asymptomatic

KATEGORI 2

CAT 2A : pesakit mempunyai gejala ringan dan tiada tanda-tanda jangkitan kuman di paru-paru ( pneumonia) contoh :

  • Batuk, Selesema, Sakit Tekak
  • Hilang deria bau( anosmia) / hilang deria rasa (ageusia)

CAT 2B : pesakit mempunyai gejala yang lebih teruk ( Red Flags Symptoms) dan tiada tanda-tanda jangkitan kuman di paru-paru ( pneumonia) contoh :

  • Demam atau demam yang berterusan
  • Sakit dada, sesak nafas, keletihan melampau.
  • Hilang selera makan & kurang kencing dalam masa 24 jam

KATEGORI 3

CAT 3 : bergejala dan mempunyai tanda-tanda pneumonia contoh:

  • Sesak nafas semakin teruk
  • Nafas laju / rapid breathing
  • Oksigen dalam darah turun 3% dari bacaan normal selepas melakukan sit-stand test (SST) – boleh rujuk gambar di bawah

KATEGORI 4

CAT 4 : bergejala teruk + pneumonia + memerlukan bantuan oksigen kerana oksigen dalam darah sangat kurang iaitu di bawah 94%

KATEGORI 5

CAT 5: sangat kritikal sehingga tidak sedarkan diri dan memerlukan intubation / memasukkan tube ke saluran pernafasan dan memerlukan rawatan di intensive care unit ( ICU)

5 kategori covid 19

Di CAC, saya sudah melihat semua kes-kes di atas dan apa saya boleh rumuskan.. COVID-19 is no joke!

Take care yourself, your family and friends!

No one is SAFE until everyone is SAFE! Semoga kita semua dilindungi.

*Sumber: Dr Muhaimin Abdullah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×