Famili

COVID19: Kanak-kanak & Bayi Kini Golongan Berisiko Selepas Warga Emas

48
SHARES
covid-19 kanak-kanak

Kanak-kanak dan bayi kini jadi golongan berisiko dijangkiti COVID-19 selepas warga emas, kata DS Ismail Sabri dalam kenyataan hari ini.

Menurut KP Kesihatan, kanak-kanak perempuan berumur 3 tahun dari Sabah antara yang terkorban akibat wabak itu.

Perkara ini perlu menjadi peringatan kepada semua supaya terus bertanggungjawab melindungi golongan itu daripada dijangkiti.

“Data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan sehingga hari ini, seramai 48,261 orang kanak-kanak dan bayi telah dijangkiti Covid-19 dengan 6,290 adalah bayi berumur 18 bulan ke bawah.

“Justeru ibu bapa perlulah mengawasi anak-anak seperti mengelakkan mereka bermain di luar rumah, memakai pelitup muka serta kerap menggunakan cecair pembasmi kuman,” kata DS Ismail Sabri dalam kenyataan harian berkenaan perkembangan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

Beliau berkata orang dewasa bertanggungjawab melindungi kanak-kanak dan bayi daripada dijangkiti virus itu.

Menurutnya selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, orang dewasa juga perlu melakukan ‘self lockdown’ atau sekatan pergerakan kendiri bagi mengelak diri, anak-anak dan keluarga tersayang terkena jangkitan.

*Sumber: BERNAMA, Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×