“Tekak hari ni rasa macam nak makan masakan Cina lah..nak masak apa eh?”
Masakan Cina merupakan antara juadah yang digemari ramai. Rasa yang tidak terlalu pedas dan kebanyakannya menggunakan cara masakan yang sihat, ternyata makanan cina ini anda boleh cuba amalkan dalam pemakanan seharian. Kalau tak tahu nak cuba atau masak masakan Cina yang mana, haa anda boleh tengok 5 resipi di bawah ini.
1. Mi Kari Nyonya
Mi kari sudah semestinya menjadi kegemaran ramai terutamanya rakyat Malaysia. Tambah pula kalau masak mi kari nyonya yang mempunyai kelainan sedikit dari segi rasa dalam kuahnya yang pekat.
Resipi mi kari nyonya :http://myresipi.com/recipes/mi-kari-nyonya
2. Ayam Gansuli
Pernah dengar tak masakan nama ayam gansuli? Untuk anda yang masih baru dalam masakan Cina ini, ayam gansuli merupakan antara masakan herba yang baik untuk kesihatan. Kalau badan panas tu, boleh amalkan pengambilan ayam gansuli. Rasa pun sedap!
Resipi ayam gansuli : http://myresipi.com/recipes/ayam-gansuli
3. Mi Hongkong
Nampak macam sama dengan mi ladna tetapi mi hongkong ini sesuai untuk anda yang tidak menggemarkan masakan pedas. Meriahkan kandungan mi hongkong berkuah pekat ini dengan seafood supaya dapat rasa yang lebih memikat.
Resipi Mi Hongkong :http://myresipi.com/recipes/mi-hongkong
4. Ikan Masak Taucu
Masak taucu merupakan antara masakan yang paling popular kerana keenakan rasanya. Tidak pedas dan sedap dimakan bersama nasi panas, anda boleh juga gantikan ikan bersama makanan laut yang lain. Boleh cuba!
Resipi ikan masak taucu : http://myresipi.com/recipes/ikan-masak-taucu-ff0964f2-4ed6-4c3c-8dd0-25d1fbcaee50
5. Lemon Chicken
Sangat sesuai dimakan bersama nasi ayam, menu lemon chicken ini juga amat digemari oleh kanak-kanak. Rasa yang masam-masam manis ini pastinya dapat memikat selera sesiapa sahaja!
Resipi lemon chicken : http://myresipi.com/recipes/lemon-chicken
Sumber : MyResipi.com