Dapur

5 Idea Masakan Untuk Open House Yang ‘Confirm’ Sedap!

100
SHARES

“Nak buat open house, tapi nak masak apa eh bagi lain sikit?”

Musim open house dah datang dan bermacam-macam juadah kita boleh makan tatkala berkunjung ke rumah sanak-saudara. Jadi, untuk open house kita sendiri nak masak apa pula? Jika anda masih tiada idea juadah apakah yang ingin dihidangkan kepada tetamu, jom cuba 5 jenis juadah ini. Pasti sedap!

1. NASI NANAS

Bosan juga kalau setiap rumah sediakan nasi tomato, nasi beriyani sahaja kan? Jadi, untuk tampilkan kelainan open house anda, apa kata masak nasi nanas untuk santapan tetamu. Nasi ini sangat sedap untuk dimakan bersama kari daging atau kari ayam. Mesti dapat pujian!

Resipi Nasi Nanas : http://myresipi.com/recipes/nasi-nanas

2. Mi Soto Madura

Soto merupakan antara juadah yang sukar didapati ketika open house. Tak perlu masak nasi, anda hanya sediakan juadah soto bersama mi atau bihun untuk tetamu yang hadir. Tambah pula dengan cili kicap yang pedas memang boleh tambah dua kali!

Resipi Mi Soto Madura : http://myresipi.com/recipes/mi-soto-madura

3. Ayam Rendang Hitam

Bila dah sambut Hari Raya mestilah kena ada lauk rendang kan? Selain dari menyediakan juadah rendang yang biasa, anda juga boleh sediakan rendang ayam hitam untuk dimakan bersama nasi. Bukan itu sahaja, rendang ayam hitam ini juga sesuai dimakan bersama ketupat dan lemang juga.

Resipi ayam rendang hitam : http://myresipi.com/recipes/ayam-rendang-hitam

4. LAKSAM ALA GANU

Juadah laksa sudah biasa dihidangkan di banyak open house jadi apa kata kita buat laksam pula? Juadah laksam seperti di Terengganu ini pasti akan mendapat tempat di hati tetamu yang hadir ke open house anda. Kuah pekat dan cili pula pedas, memang membangkitkan selera!

Resipi laksam ala Ganu : http://myresipi.com/recipes/laksam-ala-ganu

5. PUDING ROTI LAICI

Sudah namanya open house selain menu utama, pastinya ada juadah pencuci mulut. Ringkas dan sedap, itulah puding roti yang sememangnya sesuai untuk dihidangkan kepada tetamu. Bukan sahaja orang dewasa, kanak-kanak pun pasti suka!

Resipi puding roti laici : http://myresipi.com/recipes/puding-roti-laici

Sumber: MyResipi.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×