DIY & Kraf

5 Cara Nak Elak Kertas Buku Jadi Kekuningan, Maintain Baru!

21
SHARES

Amalan membaca adalah cara paling berkesan untuk menambah ilmu pengetahuan. Baik membaca secara online atau menggunakan buku, kedua-duanya mampu melahirkan insan berilmu. Bagi mereka yang gemar mengumpul buku pasti masalah buku kekuningan dan rosak menjadi masalah utama. Jadi, untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku, terdapat beberapa cara yang anda boleh cuba untuk memastikan buku kesayangan tidak rosak dan kekuningan.

Baca juga: Cara Mudah & Cepat Nak Hidupkan Bara Api BBQ, Tak Susah Dah!

5 CARA NAK ELAK KERTAS BUKU JADI KEKUNINGAN

Kebiasaannya, kertas yang melalui proses bleeching yang lebih banyak, akan lebih lambat menjadi kekuningan berbanding kertas yang kualitinya lebih rendah.

1. JAUHKAN DARIPADA SINARAN CAHAYA SECARA TERUS

Pendedahan cahaya & haba yang terlalu lama beri kesan kepada perubahan warna kertas. Mulanya, saya pun tak perasan warna buku saya berubah. Sampailah kakak saya tegur, “Buku-buku kamu jadi kuning, lama sangat bawah lampu”.

cara jaga buku

2. BALUT DENGAN PLASTIK DAN PEMBUNGKUS

Proses oksidasi terjadi asbab lembaran kertas terdedah dengan kadar oksigen di ruangan tersebut. Jadi, kalau ada niat nak simpan lama, balutlah. Sebab tu juga buku-buku baru akan di balut shrink wrap. Bersedia untuk shelf life sebelum buku-buku tersebut terjual.

3. SIMPAN DALAM POSISI MENEGAK

Buku yang disusun menegak akan beri sedikit ruang keluar masuk udara pada lembaran kertas, berbanding disusun bertindih. Buku yang disusun bertindih akan lebih cepat lembap dan menguning.

cara jaga buku

4. JANGAN LETAK DI TEMPAT YANG LEMBAP

Misalnya berhampiran dengan tandas atau berhampiran dengan dapur. Selain menguning, ini akan menggalakkan buku berkulapuk.

cara jaga buku

5. BERSIHKAN BUKU SECARA RUTIN

Kalau kita biarkan buku kita sehingga berdebu (cuba calit jari dekat buku sekarang), ertinya kita tak peduli dengan kalam ilmu. Selain dibiarkan tak dibaca, itu juga bukti kita tak menjaga buku-buku kita. Lapkan buku dengan tisu atau kain kering.

*Kalau ada buku simpan elok-elok ok. Jangan biarkan dia rosak. Sayang buku!

Sumber: Twitter Mybukuzzatee

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×