Famili

5 Benda Percuma Anda Akan Dapat Bila Beli-Belah Di Senheng, Yang Kedua Tu Memang Tak Sangka!

209
SHARES

Jiran sebelah beli barangan elektrik baru, mesti nak juga. Ini perkara biasa. Runsing bila nak beli, tapi duit tak cukup pula.  Padahal dah kena tukar barangan elektrik yang makin reput ni. Kalau anda nak tahu, lima ganjaran ini anda akan dapat bila shopping kat Senheng pada bulan November tahun ini. Bestnya! 

PROMOSI HEBAT DENGAN DISKAUN TAMBAHAN SEHINGGA 40%

Orang suka dengar promosi ni, terutama orang perempuan. Hehe.  Bermula 9 November 2017 hingga 11 November 2017, kempen BigOne membolehkan anda membeli barangan Senheng dengan harga lebih murah. Lebih daripada 100 produk Senheng ketika itu mempunyai promosi hebat dengan potongan tambahan sehingga 40%.

Kategori produk yang ditawarkan adalah peralatan rumah, alat digital, televisyen dan alat audio, peralatan dapur, serta produk penjagaan peribadi dan kecantikan. Wah, seronoknya! Banyak betul barangan yang ditawarkan, rugilah siapa yang tak nak kan? Promosi ini diadakan melalui showroom dan secara online

GANJARAN YANG DINANTIKAN… PERCUMA BAUCER TUNAI BERNILAI RM50!

Bermula 1 November 2017 hingga 8 November 2017, anda boleh dapat baucer tunai RM50 secara percuma!  Caranya? Senang sangat! Anda hanya perlu download baucer ini di laman web Senheng. Weee…

Ambil perhatian! Baucer ini hanya boleh digunakan pada 9 November 2017 hingga 11 November 2017. Syarat untuk menggunakan baucer ini adalah anda perlu membuat pembelian minimum RM300. Anda boleh download baucer itu di sini ya. Jangan lupa tu… Baucer ni juga terhad dan boleh digunakan secara online. Best!

DELIVERY PERCUMA DI SELURUH NEGARA, TAK PERLU RISAU KOS PENGHANTARAN DAH

Jarang dengar delivery percuma ni, biasa dengan barang percuma je. Hihi. Istimewa buat anda yang suka shopping di laman web Senheng, kali ni mereka menawarkan penghantaran percuma! Lebih daripada 100 produk terpilih ditawarkan dalam kempen BigOne ini. Tak payah bayar pos!

Anda tinggal di Sabah atau Sarawak, takut penghantaran hanya di semenanjung? Jangan risau! Penghantaran ini terbuka ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Memang gempaklah! Lega sikit hati orang Sabah Sarawak kan. Hehe.

BAUCER ULANG TAHUN EKSKLUSIF DIBERIKAN OLEH SENHENG KHAS BUAT ANDA

Beli banyak-banyak, takkan tak dapat apa-apa? Mestilah ada. Baucer Ulang Tahun Eksklusif yang meletop ini hanya dapat digunakan untuk pelanggan yang menjadi member PlusOne. Buat pembelian sebanyak RM1,000 ke atas dalam satu resit, anda akan dapat set baucer!  Setiap satu set baucer mengandungi sebanyak 6 baucer iaitu:

  • Baucer Diskaun RM50 Tefal Cookware
  • Baucer Diskaun RM60 Panasonic Vacuum
  • Baucer Diskaun RM100 Samsung Microwave
  • Baucer Diskaun RM100 Sharp Air Purifier
  • Baucer Diskaun RM60 eZen Birdnest
  • Baucer Tunai RM25 Christmas

Macam terkejut pun ada. Banyak gila baucer dalam satu set? Syoklah shopping kalau gitu.  Take note tentang ini. Baucer hendaklah digunakan sebelum 30 November 2017. Jadi, jangan lupa guna ya! Menangislah kalau dapat baucer tapi tak gunakan sebaik-baiknya. Uhuk uhuk. 

EKSTRA WARANTI 1 TAHUN DENGAN MENJADI MEMBER PLUSONE

Selain itu, ada ganjaran istimewa tau setelah anda menjadi member PlusOne. Dengan menjadi member PlusOne pada harga RM12, anda boleh menikmati waranti tambahan 1 tahun atas waranti pengeluar produk yang ada. Boleh daftar secara online atau di showroom. Terbaik!

Oh, dah jadi member PlusOne sebelum ini? Cuma perlu log masuk credential anda di laman web Senheng. Kemudian buat pembelian secara online, anda berhak mendapatkan waranti tambahan 1 tahun untuk setiap pembelian anda. Mudah kan.

So, apa tunggu lagi, shopping di Senheng banyak-banyak bulan November ini untuk dapatkan baucer yang melimpah-limpah! Jangan lupa download baucer itu di sini sebelum shopping.  Seronoknya… Jom shopping di Senheng!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×