Advertorial

5 Amalan Untuk Mudahkan Urusan Harian Keluarga Anda!

2.1K
SHARES

Kredit foto: freepik.com

Bila dah berkeluarga banyak benda yang tak sama macam masa bujang dulu kan? Lagi-lagi dalam hal pengurusan masa, sesetengah orang balik kerja dah lewat mana nak kena memasak lepas tu nak mengemas lagi.

Memang kelam-kabut jadinya, kadang-kadang sampai tak ada masa untuk diri sendiri atau nak berehat pun. Stress juga betul tak?

Haa.. Dah jangan runsing! Biar kami kongsikan beberapa cara untuk memudahkan urusan harian anda dan keluarga, tak adalah terkejar-kejar lagi lepas ni!

Buat jadual untuk bahagikan kerja rumah

Bahagikan kerja rumah kepada anak-anak dan juga suami. Bila sama-sama buat kerja ni seronok juga tau, ianya secara tidak lansung dapat eratkan hubungan kekeluargaan dan mendidik anak-anak untuk jadi lebih bertanggungjawab.

Simpan bahan basah mengikut turutan hari nak masak

Kredit foto: facebook Demi Cinta

Setiap kali selesai membeli bahan basah, apa kata anda asingkan terus bahan-bahan tersebut dalam bekas mengikut hari dan kuantiti yang nak dimasak.

Dalam bekas yang sama tak perlu dimasukkan air tapi cukup sekadar letakan hirisan lemon di atas lauk tersebut. Kemudian simpan lauk anda dalam bahagian sejuk beku bagi memastikan ianya terus kekal segar.

Barang-barang ni bantu percepatkan masa memasak

Kredit foto: Shopee

Nak masak dengan cepat ni sebenarnya mudah je tau, apa yang anda perlukan hanyalah peralatan seperti eletric chopper/musher yang akan memudahkan anda untuk potong atau cincang bahan masakkan seperti bawang, cili, daging dan sebagainya.

Nak buat jus dengan lebih mudah? Anda hanya perlukan Portable Juice Blender! Memandangkan ianya adalah mudah alih, jadi anda bebas membawa ‘bekas air’ ni kemana pun! Mudah kan? Anda tinggal masukkan buah-buahan atau sayuran pilihan kemudian blend dan boleh terus dibawa kemana pun untuk minum.

Lebih mudah lagi sebab kedua-dua barang yang kami sebutkan ni hanya memerlukan wayar USB untuk pengecasan semula. Senang!

Manfaatkan teknologi semasa

Seiring dengan pembangunan teknologi semasa, kita sekarang dah ada banyak benda yang memudahkan urusan harian tau! Contohnya, Smart Vacuum! Ianya memudahkan anda untuk menjaga kebersihan rumah, setakat nak menyapu serta mop lantai tu memang tak ada hal lah! Tahu-tahu je dah bersih, senang kerja dan jimat masa anda!

Satu lagi, anda juga boleh cuba gunakan smart switch bagi menggantikan suis di rumah. Dengan Smart Switch anda hanya perlukan handphone untuk on lampu, kipas, aircond dan segala jenis suis lain dekat rumah tu. Mudah betul!

Bila berbelanja atau makan luar, DuitNow QR je!

Kredit foto: ringgitplus.com

Berbelanja di luar akan jadi lebih mudah bila anda menggunakan  DuitNow QR untuk pembayaran tanpa tunai! Dengan DuitNow QR, anda hanya perlu imbas kod bayaran yang disediakan kemudian bayaran akan terus ditolak daripada akaun bank atau e-dompet anda.

DuitNow QR atau bayaran tanpa tunai lain seperti menggunakan kad ATM  ni bukan je mudahkan urusan tapi bantu untuk jimatkan masa juga. Tak perlu dah susah-susah nak cari mesin ATM sana sini. Apa yang penting, anda ada kad bank ataupun telefon pintar je, terus boleh buat bayaran dah.

Sekarang agensi kerajaan pun terima bayaran tanpa tunai tau!

Haa.. Sekarang bukan kedai makan atau shopping mall je yang terima bayaran tanpa tunai,, tapi dekat agensi kerajaan pun dah boleh buat transaksi tanpa tunai bagi memudahkan urusan anda!

Antara kaedah bayaran tanpa tunai yang diterima adalah termasuk MyDebit, DuitNow QR, JomPAY, FPX dan DirectDebit

Untuk pembayaran di kaunter, anda boleh boleh menggunakan kaedah pembayaran menggunakan MyDebit (kad ATM) atau imbas DuitNow QR.

Sementara, bayaran secara atas talian pula anda bebas memilih diantara FPX, JomPAY dan DirectDebit

FPX – Bayaran boleh di buat terus daripada akaun semasa atau simpanan kepada agensi/peniaga yang mengambil bahagian melalui internet.

JomPAY – Kaedah ni membolehkan pengguna untuk membuat pembayaran bil secara atas talian dengan menggunakan wang dari akaun simpanan, semasa ataupun kad kredit.

DirectDebit – Membolehkan pembayaran berkala untuk bil dibuat secara automatik daripada akaun bank pelanggan di atas keizinan pemilik akaun bank sendiri. 

Ada RM10,000 menanti anda!

Bukan sahaja memudahkan urusan, tapi dengan melakukan transaksi tanpa tunai anda juga berpeluang untuk bawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000!

Bagi menyertai peraduan ni, anda hanya perlu lakukan bayaran tanpa tunai melalui MyDebit, DuitNow QR, FPX, JomPAY atau DirectDebit di 20 agensi kerajaan yang terpilih seperti di bawah:

  1. Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)
  2. Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)
  3. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
  4. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  5. Polis Diraja Malaysia (PDRM)
  6. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  7. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
  8. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
  9. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui PBT
  10. Kehakiman (Mahkamah)
  11. Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
  12. Jabatan Bomba dan Penyelamat (BOMBA)
  13. Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI)
  14. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)
  15. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
  16. Pejabat Pengarah Tanah & Galian Wilayah Persekutuan 
  17. Majlis Amanah Rakyat (MARA)
  18. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Lembaga Peperiksaan
  19. Kementerian Perdagangan Antrabangsa dan Industri (MITI)
  20. Hospital UiTM Puncak Alam

Peraduan yang akan berlansung sehingga 31 Mei 2022 ni tidak menetapkan sebarang had minimum untuk melayakkan anda menyertai peraduan tersebut.

Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut mengenai terma dan syarat peraduan anda boleh klik di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×