Kini Trending

3 Tahun Bertunang, Wanita ‘Pergi’ Di Pangkuan Suami Selepas 30 Minit Berkahwin

143
SHARES

Mendirikan rumah tangga bersama pasangan tercinta sudah semestinya menjadi impian buat semua. Namun, apa yang kita sebagai manusia hanya mampu lakukan adalah merancang seterusnya adalah urusan Allah SWT.

Begitu juga dengan kisah menyayat hati ini apabila seorang wanita meninggal dunia apabila hanya sempat 30 minit sahaja bergelar isteri. Bukan sahaja luluh perasaan suami, malah perasaan seorang ayah kepada wanita tersebut juga meruntun hati.

Baca juga: [VIDEO] Sebak…Dua Beradik Ini Terpaksa Kongsi Kasut Yang Sama Untuk Ke Sekolah

3 TAHUN BERTUNANG, ISTERI ‘PERGI’ ATAS PANGKUAN SUAMI SELEPAS 30 MINIT BERKAHWIN

Kisahnya berlaku apabila pasangan mempelai berkenaan dikatakan pulang ke rumah mereka sekitar 30 minit selepas tamat acara perkahwinan mereka. Apa yang menyedihkan adalah pengantin perempuan bernama Nadia Taha sebelum itu sempat menelefon ayahnya dan berkongsikan perasaan gembira kerana telah mendirikan rumah tangga dengan pilihan hati selepas 3 tahun bertunang.

Memetik laporan @middleeastin, keadaan bertukar panik apabila Nadia dipercayai mengalami serangan jantung lalu menghembuskan nafas tearkhir di pangkuan si suami.

HAFAL AL-QURAN & SOLAT AWAL WAKTU

Memang meruntun hati seorang bapa apabila melihat anak perempuanya terbaring kaku di apartment milik anaknya. Apa yang mengejutkan adalah wanita tersebut tidak menunjukkan apa-apa petanda pelik dan nampak sihat sahaja.

Pemergian pada usia muda iaitu usia 20-an memang menyedihkan. Dedah ayah kepada Nadia, anakmya merupakan seorang penuntut jurusan di institusi keagamaan dan juga menghafal kitab suci Al-Quran. Bahkan Allahyarhamah juga patuh terhadap suruhan agama Islam, termasuklah sentiasa solat di awal waktu.

Sumber: middleeast.in

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×