Famili

’21 Tahun Ibu Tiada Pengganti’-Gadis Ini Kongsi Tulisan Surat Cinta Mak Ayah Buat Netizen Terharu

18
SHARES

Cinta itu merupakan satu perasaan semula jadi yang ada dalam setiap manusia. Bagi yang hidup bersama dengan cinta hatinya sehingga ke hujung hayat itu antara perkara yang paling indah berlaku dalam hidup seseorang.

Walaubagaimanapun, ajal dan maut itu adalah ketentuan Illahi. Kehilangan orang tersayang pasti akan memberikan impak yang kuat pada diri seseorang. Melalui satu perkongsian oleh Umaira Haris melalui laman Twitternya, dia berkongsi cerita mengenai kisah percintaan arwah bapanya bersama ibunya.

Kenangan Ibu & Ayah

Melalui perkongsiannya itu, pasti berjaya membuatkan semua orang terharu dengan kisah cinta ibubapanya itu. Menurut dia lagi, ibunya itu langsung tidak pernah berkahwin lain walaupun bapanya tersayang sudah tiada selama 21 tahun.

Cinta dan kasih sayang yang ditunjukkan bapanya dapat dilihat menerusi surat-surat cinta ibu bapanya dahulu yang begitu puitis dengan kata-kata cinta.

Ibu Mampu Hidup 21 Tahun Tanpa Ayah

Umairah yang selama ini tertanya-tanya selama ini kenapa ibunya itu bertahan selama 21 tahun walaupun tanpa suami disisi dan langsung tidak mencari pengganti seakan mendapat jawapan melalui surat-surat cinta itu. Jawapan yang didapatinya itu menerusi surat-surat itu yang ditulis oleh bapanya kepada ibunya dengan sangat romantis dan penuh rasa kasih sayang.

Turun Bakat Menulis Dari Parents

Melalu surat-surat itu juga, ayat-ayatnya yang begitu puitis itu mampus menyentuh hati kerana dapat dilihat bahawa mereka saling menyintai dan menyayangi satu sama lain. Umairah juga berkata bahawa bakat menulisnya adalah dari ibu bapanya yang begitu bagus dan bijak bermain dengan kata-kata cinta.

Sehubungan dengan itu, ramai pengguna laman Twitter menzahirkan rasa kagum dengan ayat-ayat yang digunakan dalam setiap surat cinta itu. Juga ada yang sebak dengan luahan cinta yang diucapkan melalui surat-surat cinta tersebut.

Sumber : Umaira Haris

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×