Dapur

2 Minit Dah Siap 3 Keping, Resipi Lempeng Lembut & Gebu Ini Memang ‘Legen’!

4.5K
SHARES

“Sedapnya waktu petang-petang macam ni kalau dapat makan lempeng cicah kuah kari..Anak-anak pun boleh makan juga..Tapi, macam mana nak buat lempeng yang lembut dan gebu ya?”

Lempeng merupakan makanan yang tidak lapuk dek zaman! Resipi inilah yang nenek moyang kita kenalkan pada mak-mak kita kan? Bukan sahaja mudah disediakan malah mengenyangkan! Lagi-lagi kalau dicicah bersama kuah kari atau sambal tumis, memang berkeping-kepinglah makan. Ia bukan sahaja sesuai untuk hidangan sarapan pagi malah pada bila-bila waktu sahaja dan boleh dimakan oleh semua peringkat umur.

Penulis tahu, anda semua dah ‘pakar’ membancuh adunan lempeng, tapi kali ini kami nak kongsikan resipi lempeng yang diadun bersama santan. Rasanya memang sedap! Jom lihat resipi yang dikongsikan oleh Puan Safiyya Zaidziqry ini.

RESIPI LEMPENG LEMBUT & GEBU

Bahan-bahan yang diperlukan

  • 2 cawan tepung
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 3 sudu besar santan kotak
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 biji telur
  • 2 1/2 cawan air (kalau adunan pekat boleh tambah lagi setengah cawan air)

Cara membuatnya

1. Wisk atau kisar semua bahan-bahan di atas. Bila dah siap tuangkan ke dalam mangkuk

2. Panaskan kuali non stick dan tuangkan adunan sedikit (tak perlu sapu minyak). Bila lempeng dah masak boleh angkat.

3. Ulang teknik yang sama sehingga adunan habis.

4. Siap untuk dihidangkan. Boleh dimakan bersama kuah kari atau apa sahaja ikut citarasa anda.

Selamat mencuba!

Sumber: Safiyya Zaidziqry

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×