Kini Trending

13 Tahun Hidup Dengan Kepala Senget, Gadis Ini Bersyukur Dapat ‘Nyawa Baharu’

92
SHARES

Seorang gadis dari Pakistan hidup selama 13 tahun dengan keadaan kepalanya senget sebelah pada sudut 90 darjah. Gadis bernama Afsheen Gul itu menderita masalah ini sejak berusia lapan bulan.

Difahamkan, dia dilahirkan dalam keadaan elok dan normal tetapi satu kejadian telah menimpanya dan menyebabkan kepala senget dan sekelip mata mengubah kanvas kehidupannya.

Baca juga: Demi Hilangkan Kesedihan, Wanita Sanggup Menari Di Sisi Suami Terlantar Sakit Walaupun Dikecam

13 TAHUN HIDUP DENGAN KEPALA SENGET, BERSYUKUR DAPAT NYAWA BAHARU

Memetik laporan Daily Star, Afsheen terjatuh ketika sedang bermain di luar dan menyebabkan lehernya senget. Ibu bapanya menganggap itu merupakan satu kecederaan yang tidak serius dan akan kembali normal tetapi tanggapan itu tersasar dan salah.

Mereka juga berusaha dengan cara berjumpa pengamal perubatan tetapi keadaan Afsheen tidak dapat dipulihkan melainkan membawa ke hospital untuk mendapat rawatan lanjut.

Walau bagaimanapun, wang yang tidak mencukupi menyebabkan hasrat membawa Afsheen ke hospital terpaksa dibatalkan dan dilupakan.

Akhbar tempatan ada berkongsikan masalah gadis tersebut dan dari situlah bermula orang ramai mengumpul dana untuk membantu dan membiayai kos perubatan Afsheen sebanyak £26,000 (RM142,277.78).

Pasukan perubatan menjelaskan Afsheen hanya mempunyai peluang hidup kurang daripada 50 peratus untuk hidup jika dia menjalani pembedahan itu.

Pembedahan Afshan telah ditangguhkan kerana wabak Covid-19 tetapi minggu lalu pembedahan akhirnya diteruskan. Kepalanya masih memerlukan sokongan buaian dan Afsheen dapat meluruskan lehernya.

Di Instagram, dia juga turut meluahkan rasa terima kasihnya kepada Dr. Rajagopalan Krishnan kerana memberi nafas baharu buat hidupnya.

Sumber: Daily Star

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×