Rambut ibarat mahkota bagi lelaki mahupun wanita. Hal ini kerana rambut sangat penting bagi setiap individu dalam memastikan rambut sentiasa rapi serta lembut. Setiap jenis rambut pastinya mempunyai cara penjagaan yang tersendiri. Setiap wanita bertudung memiliki cabaran untuk mengekalkan rambut yang lebat, cantik dan menawan. Lakukan 13 cara penjagaan rambut yang betul.
Baca juga: ‘Tak Boleh Tahan La Sakit Gigi!’- 7 Cara Hilangkan Sakit Gigi Dengan Guna Bahan Di Rumah
13 PENJAGAAN RAMBUT UNTUK WANITA BERTUDUNG
1.Cuci rambut
Cuci rambut adalah perkara yang paling penting sekali tetapi bergantung kepada keadaan. Apabila kulit kepala terasa berminyak maka anda boleh cuci selang sehari.
Apa akan jadi jika anda setiap setiap harian cuci rambut? Ia akan menyebabkan risiko yang tinggi kepada keguguran rambut.
2. Sikat rambut
Pastikan sebelum cuci rambut, anda menyikatnya terlebih dahulu kerana rambut akan lebih mudah untuk dicuci dan tidak kusut. Hal ini untuk mengekalkan rambut ditarik-tarik semasa sikat ketika basah.
Seeloknya selepas cuci rambut, keringkan dahulu dan sikat secara lembut dengan hanya menggunakan jari.
3. Guna syampu dan perapi sesuai
Rambut juga perlu untuk mendapatkan nasihat pakar kerana kulit kepala sangat sensitif jika salah menggunakan syampu dan perapi yang sesuai. Ia akan mengakibatkan kesan yang teruk seperti rambut akan gugur yang melampau.
4. Elak cuci rambut dengan air panas
Cuci rambut menggunakan air panas akan menyebabkan rambut kering, kasar serta menggerbang. Sebaliknya, jika cuci rambut dengan suhu sederhana atau sejak akan memberikan kesan yang baik.
5. Belai rambut dengan serum atau tonik
Bukan manusia sahaja mahu dibelai, rambut pun sama tau! Sebelum tidur belaikan rambut anda dengan serum dan tonik. Pada waktu malam, tonik dan serum akan menjalankan kerja mereka seperti kulit kepala akan menyerap nutrien kerana anda tidak melakukan aktiviti.
6. Dandan rambut sebelum tidur
Lepas ini rajin-rajinlah belai rambut sebab semakin kerap anda tengok rambut anda, semakin cepat perubahan yang berlaku. Contohnya dandan yang sesuai membuat tocang secara langgar.
7. Jaga pemakanan
Aspek pemakanan bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan tubuh tetapi juga kesihatan rambut. Makanan yang mengandungi khasiat yang tinggi dapat memberikan akar lebih kuat, rambut hitam menawan.
Selain itu, pengambilan makanan tambahan yang akan mengekalkan rambut sihat seperti vitaman yang mengandungi biotin dan silika.
8. Jangan sanggul rambut basah
Rambut yang basuh ingin disanggul? Ini adalah kesalahan terbesar sekali kerana akan menyebabkan masalah kelemumur, rambut kusut, kulit kepala berminyak serta hujung rambut berbuah atau bercabang.
9. Getah rambut sesuai
Ikat rambut biarlah sedikit longgar dan jangan terlalu ketat sampai tegang rasa kulit kepala. Kemudian, jangan lupa juga gunakan getah yang sesuai dari material lembut seperti satin dan baldu.
10. Anak tudung yang sesuai
Anak tudung yang terlalu ketat tidak sesuai untuk rambut. Seeloknya pilih kain anak tudung yang diperbuat daripada kain kapas serap peluh. Hal ini dapat mengelakkan rambut berbau kepam sekaligus merosakkannya.
11. Tudung material nipis dan ringan
Pemilihan fabrik atau material kain tudung yang sesuai boleh memberi rasa selesa dan memudahkan aliran udara ke kepala. Ini bertujuan untuk memberikan pengaliran udara yang baik buat kulit kepala dan rambut.
Pemilihan material tudung yang salah akan menyebabkan rambut dan kulit kepala terasa gatal jika teksturnya keras dan berat.
12. Tudung berwarna lembut
Wanita yang berhijab pasti faham mengapa amat digalakkan untuk pakai tudung berwarna lembut. Ini kerana warna lembut akan membebaskan wap yang terperangkap di kawasan rambut dan kulit kepala sepanjang hari. Warna yang gelap seperti hitam akan menyerap haba lebih banyak.
13. Kunjungi salun dan spa
Salun dan spa lebih lengkap dan anda sendiri boleh bertanyakan tentang penjagaan kecantikan diri dan rambut kepada mereka yang lebih pakar sekurang-kurannya tiga hingga enama bulan sekali.
Sumber: hellodoktor