Famili

11 Langkah Penting Untuk Mohon & Isi Borang Nikah, Bakal Pengantin Wajib Tahu!

4
SHARES

Perkahwinan adalah sangat dituntut dan merupakan satu bentuk ibadah bagi umat Islam. Melalui perkahwinanlah rezeki dapat diperluaskan dan merupakan peluang untuk seseorang berbuat lebih banyak pahala.

Sebagai seorang Muslim, bakal pengantin perlu membuat persiapan yang lengkap untuk mengadakan majlis nikah. Berikut merupakan 11 langkah penting untuk mohon dan isi borang nikah.

Baca juga: Panduan Lengkap Proses Perkahwinan Dari A-Z Sampai Dapat Kad Nikah

11 LANGKAH PENTING UNTUK MOHON & ISI BORANG NIKAH

Ada 11 langkah yang perlu anda buat sebelum lulus kahwin online. Korang dekat sini ada ke yang nak berkahwin tak lama lagi, tapi belum isi borang nikah?

Jangan risau kerana korang sedang membaca artikel yang tepat, dimana kami akan kongsikan dengan korang cara memohon dan isi borang nikah.

Borang nikah lelaki atau borang nikah perempuan kena isi dulu? Mungkin korang tak pernah pun tertanya-tanya akan perkara ini.

Jawapan untuk soalan ini adalah ia perlu diisi oleh lelaki terlebih dahulu. Tempoh masa untuk mengisi adalah 3 bulan sebelum tarikh pernikahan.

Sebaik sahaja segala borang nikah online telah diisi oleh pihak lelaki dan mendapat pengesahan daripada Pejabat Agama Daerah lelaki, ia perlu diberikan kepada pihak perempuan.

Pada masa inilah pihak perempuan pula perlu mengisi borang nikah mereka dan mendapatkan pengesahan pula. SPPIM atau Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia adalah untuk pemohon yang perlu mengisi dari negeri:

  • PERAK
  • KEDAH
  • PERLIS
  • MELAKA
  • NEGERI SEMBILAN
  • W.P KUALA LUMPUR
  • W.P LABUAN
  • W.P PUTRAJAYA
  • JOHOR
  • SELANGOR

Ia juga perlu diisi oleh:

– Kedua-dua pemohon dari negeri yang menggunakan SSPIM.

– Salah seorang pemohon dari negeri yang menggunakan SSPIM.

Kedua-dua pemohon dari negeri yang tidak menggunakan SSPIM tapi ingin akad nikah di negeri yang menggunakan SSPIM.

LANGKAH 1 

– Isi Maklumat Permohonan.

– Pemohon bagi Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan).

– Diisi oleh SALAH SEORANG sama ada lelaki atau perempuan.

– Permohonan online perlu diisi sekiranya lelaki dan perempuan bukan dari negeri yang menggunakan SPPIM tetapi TEMPAT BERNIKAH di negeri yang menggunakan SPPIM.

– Pastikan tarikh cadangan berkahwin tidak melebihi 90 hari dari tarikh permohonan.

– Pejabat Agama yang memproses adalah merujuk kepada ALAMAT TEMPAT TINGGAL.

LANGKAH 2 

– Hantar Permohonan.

– Simpan No. Rujukan BNO.

– Permohonan boleh dikemaskini selagi permohonan lelaki dari negeri yang menggunakan SPPIM belum diproses oleh Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).

LANGKAH 3 

– Cetak Senarai Semak

– Senarai Semak berbeza mengikut STATUS pemohon dan WARGANEGARA

– Cetak borang berdasarkan senarai semak.

LANGKAH 4 

– Pengesahan Penolong Pendaftar NCR

– Dapatkan pengesahan daripada Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk (NCR) di masjid kariah kawasan tempat tinggal.

LANGKAH 5 

– Kelulusan Pejabat Agama Islam Daerah(PAID)

– Dapatkan kelulusan daripada PAID.

– Pemohon perempuan hendaklah mendapatkan kebenaran berkahwin daripada PAID selepas pemohon lelaki mendapatkan kelulusan PAID.

Bagi Pihak Lelaki. 

– Isi dan lengkapkan borang online.

– Selepas permohonan online lulus, download dan print borang tersebut serta pastikan semua dokumen yang diperlukan ada berserta salinan.

– Serahkan dokumen tersebut kepada pihak perempuan

Bagi Pihak Perempuan 

– Setelah menerima borang daripada pihak lelaki, isi dan lengkapkan borang online.

– Selepas permohonan online lulus, download dan print borang tersebut serta pastikan semua dokumen yang diperlukan ada berserta salinan.

Hantar semua dokumen pihak perempuan dan lelaki ke pejabat agama dan perlu membayar RM 20.00 untuk pemprosesan.

Sumber: Facebook Hafi Zah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×