Didik

10 Tips Ajar Anak Tidur Di Bilik Sendiri Guna Kaedah Irine Nadia Marcello. Menarik!

8.5K
SHARES

Siapa yang tak kenal Irine Nadia Marcello, seorang blogger dan juga ibu muda yang aktif dia media sosial ini kan? Menjadi ibu dalam usia yang muda bukanlah penghalang untuk beliau mendidik anak-anak mengikut caranya yang tersendiri. Malah, caranya dalam hal-hal ‘parenting’ turut menjadi ikutan ramai kerana menggunakan kaedah yang menarik dan mengikut ‘trend’. Salah satunya adalah cara untuk ajar anak tidur di bilik sendiri. Menarik betul cara Irine ni tau!

PENGALAMAN AJAR ANAK TIDUR BILIK SENDIRI

Impian ibu nak buat satu bilik tidur khas untuk Medina dengan Hasya dah tercapai. Walaupun tak complete lagi, at least rupa bilik tu dah ada. Sebelum-sebelum ni asyik terbantut nk buat sebab ku fikirkan umur diorang still kecik lagi nak pisah tempat tidur.

www.instagram.com/irine_nadia

Sekarang, masa dan umur yang sesuai. Kak Nina dah besar umur 4 tahun+ , Hasya pulak 2 tahun +. Walaupun umur Hasya tu kecik lagi, tapi sebab dia ada geng peneman sebilik yang boleh protect dia tak jadi masalah. Bilik gegirl berkongsi kakak dengan adik mestila syok .

www.facebook.com/irinenadiamarcello

BERJAYA TAK MEDINA DENGAN HASYA TIDO DALAM BILIK SENDIRI?

Alhamdulillah berjaya. Kak Nina paling berjayaaa, sebab dia memang tanya siap-siap dekat ibu ayah, “Malam ni kak Nina kena tido bilik sendiri ke dengan dik Hasya?” “Kalau dik Hasya nangis macam mana? Ibu dengan ayah kena lari masuk bilik pujuk Hasya ok. Nina tak tau pujuk. Hasya tu garang”. Sekarang bila Kak Nina mengantuk, terus ibu ajak masuk bilik dia. Teman dia dulu minum susu atau main2 sampai dia mengantuk dan tertidur sendiri dekat bilik sendiri. Hasya pulak, ibu still dalam proses ajar dia tido sendiri. Dia takde masalah tido kt bilik dia, cuma waktu malam dia akan menangis 2-3x nak menyusu. So ibu buat macam mana?

Semestinya ibu berlari dari bilik sendiri ke bilik diorang 2-3x nak semata-mata nak menyusukan Hasya. GIGIH tak? YES gigih walaupun ku akui memang letih jugak sebab tengah sedap tido, anak nangis dekat bilik sebelah. Nasib baik bilik dekat je sebelah menyebelah. Kalau Hasya nangis masa dah pagi Subuh2, ayah terus bawak masuk bilik kitorang. Yang tu dimaafkan sebab dah pagi dahhh. Hehe.

www.facebook.com/irinenadiamarcello

Tips nak bagi anak tidur bilik sendiri yang Irine boleh kongsikan

• Sediakan bilik yang betul-betul selesa untuk anak. Selesa tu maksudnya dalam bilik tu bukan untuk tidur semata-mata, tapi sebagai bilik bermain dan bilik untuk bersiap pakai baju. Semuanya ajar buat dalam bilik diorang. Dannnn, setiap barang2 hak milik diorang, ajar sekali sila simpan dalam bilik terus. Kiranya, bilik tu lahh tempat “privacy” mereka.

•Ikut anak suka tema bilik apa. Yang ni tak kisah, masing2 ikut kemampuan. Macam Irine sendiri pun, nak sediakan bilik dengan deco mahal-mahal takde la. Buat sekadar mampu dan buat sikit-sikit. Bulan depan ada rezeki, boleh tambah lagi apa yang tak cukup. Macam Medina dengan Hasya diorang ni RATU ELSA FROZEN, so katilnya ku alaskan dengan cadar frozen dan kitorang beli meja dan kerusi untuk bermain. Dalam bilik ni pun simpan macam-macam “harta khazanah” mainan sekali.

www.facebook.com/irinenadiamarcello

•Sediakan katil. Macam haritu Irine ada minta pendapat dekat facebook ni, better beli katil Queen terus boleh dua beradik ni tido sekali atau katil asing2? So, kitorang decide beli 2 katil Single. And yes ni adalah pilihan tepat at least diorang ada katil sendiri nak buat ape saje. Secara tak langsung boleh ajar diorang cara kemas katil masing-masing.

•Sediakan rak khas untuk simpan mainan. Organize elok-elok. Yang ni pun kitorang dalam proses nak carik yang elok sikit. Sebab bayangkanlah mainan budak-budak banyak macam mana.

•Untuk anak yang masih hisap susu botol, sediakan siap-siap botol berisi susu, air panas dalam termos dan air suam dalam botol untuk “standby” tengah malam untuk bancuhkan. Ini bg memudahkan kerja, tak payah nak berulang-alik ke dapur tiap kali. Apetah lagi yang stay rumah 2 tingkat nak turun naik tangga.

www.facebook.com/irinenadiamarcello

•Pasang lampu tidur yang malap dalam bilik tido anak.jangan terlalu gelap,risau diorang takut nanti. Beli lampu tidur yang comel-comel pasang dekat soket tu pun boleh no problem.

•Sebelum tidur, pastikan anak-anak tido dengan selamat dan nyenyak. Ingatkan siap-siap dekat anak, sebelum tidur buang air siap-siap.YANG NI PENTING UNTUK ELAKKAN TILAM BERPETA. Tapi so far, Medina tiap kali nak buang air tengah malam, dia memang akan kejut kitorang cakap nak kencing dan suruh teman pegi toilet. Hasya masih pakai pampers, so budak kecik tu takde hal.

•Jangan lupa sesekali “tinjau-tinjau” keadaan anak dalam bilik bila tengah malam. Oh yang ni ialah tugas ayah. Ibu memang tido mati, tak sedar.

www.minimano.hu

•Tips terakhir, SABAR & BERTABAHLAH wahai ibu dan ayah. Bukan senang nak membiasakan anak-anak sesuatu perkara yang baru dalam hidup diorang. Dan sila get ready siap-siap, sedangkan ruang tamu dan ruang-ruang lain pun bersepahhh dengan anak-anak punya “kerja”, apetah lagi kalau dapat bilik sendiri. Haha.

•Satu je kena ingat, takde bilik budak-budak yang tak bersepah dan perfectttt, melainkan kalau tengok dalam gambar katalog ikea, tu baru yerrr nampak cantikk sentiasa. Selamat mengemas semua!

Rasanya tu je lah kot yang Irine boleh share 🙂 Dan ni antara perasaan lega jugaklah sebab berjaya asingkan tempat tidur. Niat ibu dengan ayah ialah sebab nak masing-masing start BE INDEPENDENT. Bukan niat nak menghukum ke ape. Haha.

*Menarik betul perkongsian dari Irine Nadia ni kan? Jom kita cuba ajar anak untuk tidur di bilik sendiri guna cara ini!

Sumber : Irine Nadia Marcello

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×