Asuh

‘1 Inci Pun Boleh Lemas’- Ini Cara Elak Risiko Anak Lemas Dalam Bilik Air Anda Kena Tahu

14
SHARES

Insiden kanak-kanak lemas di dalam bilik air bukanlah sesuatu yang asing lagi dan ia adalah satu kejadian yang sepatutnya tidak dipandang remeh oleh semua kerana melibatkan nyawa mereka.

Bahaya jika ditinggalkan sendirian meskipun kedalaman air hanya 1 inci atau kurang daripada 2.5cm juga boleh buatkan anak lemas. Jadi, perlu lebih berhati-hati dan menitikberatkan beberapa perkara seperti yang diulas oleh Dr Kamarul Ariffin di Facebook miliknya.

Baca juga: “Sekelip Mata Dalam Baldi!”- Ibu Buat CPR Selamatkan Anak Lemas Ketika Mandi

INI CARA ELAK RISIKO ANAK LEMAS DALAM BILIK AIR ANDA KENA TAHU

Ibu bapa kena tahu hal ini. Kanak-kanak boleh lemas di dalam air walaupun kedalamannya hanya 1 inci atau kurang daripada 2.5 sentimeter.

Ada beberapa perkara kita perlu pastikan untuk elak risiko anak lemas di dalam bilik air, antaranya:

1. ELAK TINGGAL ANAK MANDI SENDIRIAN

Jangan tinggalkan anak mandi sendirian di dalam besen, baldi, tab mandi atau kolam berisi air walaupun untuk seketika. Jika keluar dari bilik air, bawa anak sekali.

2. TERDAPAT RISIKO TERGELINCIR

Selain lemas, kanak-kanak yang bermain di bilik air sendirian mudah tergelincir dan tersungkur kerana permukaan lantai licin. Terutamanya pada yang baru belajar berjalan.

3. SIMPAN BEKAS TAKUNGAN AIR

Kosongkan dan simpan bekas takungan air di tempat yang sesuai selepas menggunakannya supaya anak tidak ambil dan mengisikannya dengan air tanpa pengawasan.

4. TUTUP BEKAS TAKUNGAN AIR

Ada bilik air mempunyai binaan takungan air yang kekal seperti kolah. Jika tidak boleh kosongkan, maka tutuplah ia. Mangkuk tandas jenis duduk pun elok ditutup.

5. TUTUP PINTU BILIK AIR

Jika tak boleh kosongkan, dan tak boleh tutup bekas takung air. Maka tutuplah pintu bilik air jika tiada sesiapa menggunakannya. Ini untuk elak anak masuk tanpa kita sedar.

Semoga bermanfaat! Nanti kita belajar sikit tentang CPR untuk bayi pula, ya?

Sumber: Facebook Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×