Famili

“Sekelip Mata Dalam Baldi!”- Ibu Buat CPR Selamatkan Anak Lemas Ketika Mandi

2.1K
SHARES

Sebagai ibu bapa langkah keselamatan seperti melakukan CPR bantuan pernafasan adalah perawatan asas yang harus diambil tahu untuk memudahkan sewaktu berlaku kecemasan yang tidak disangka-sangka. Seperti seorang perkongsian ibu di laman Facebook, dia menceritakan tentang peristiwa hitam yang berlaku dalam hidupnya apabila anak kecil berusia satu tahun lemas namun berjaya diselamatkan dengan bantuan CPR.

Baca juga: “Satu Perasaan Rindu Yang Teramat Sakit,” Perkongsian Bapa Tunggal Undang Sebak…

ANAK LEMAS DALAM BADLI KETIKA MANDI

Peristiwa hitam dalam hidup aku.

11 June 2021 -Jumaat

Aku macam biasa petang-petang bawak anak jalan-jalan bawah main dengan anak jiran. Then dah pukul 7 aku naik dan aku nak mandikan diaorang. Pintu toilet terbuka selalunya aku masuk sekali tapi nak jadikan cerita aku nak tutup pintu rumah then suami aku balik, dia cakap anak-anak mana then aku cakap dalam toilet. Sekelip mata seminit pun tak smpai anak aku dah tertonggeng dalam baldi ada air. Anak aku adinda setahun sebulan.

BUAT CPR ANAK TERUS MUNTAH & BERNAFAS

Aku jerit panggil suami aku, dia pon menjerit sambil aku panggil aku terus angkat anak aku. Anak aku dah lembik wey. Laki aku goncang-goncang dia bagi sedar. Aku memang panik tapi aku terus buat CPR dekat anak aku tekan dada dia guna dua jari lepas cpr. (*korang mak ayah kena tahu apa patut buat time tu. Ambil tahu macam mana nak CPR, macam mana nak buat kalau anak jadi macam aku. Penting sangat. Jangan terus pergi hospital, pastikan dia muntah keluar air dari badan dia dulu. Aku sebab Allah detikan akal aku untuk buat tu. Allahuakbar*)

Kuasa Allah Maha Besar, anak aku muntah lepas tu…weyh dia dah nafasssss! aku tetap buat bnde sama dan tepuk-tepuk belakang dia lepas tu terus pergi hospital. Asalkan dia dah bernafas tapi kalau kitaorang tak buat CPR dan terus pergi je hospital mungkin anak aku dah tak ada tapi Alhamdulillah Allah panjangkan umurnya. Aku bersyukur ya Allah. Amanah ini diberi peluang kedua.

DIBAWA KE HOSPITAL UNTUK RAWATAN LANJUT

12 JUNE 2021 – Sabtu

Buat swab test sebab kena masuk wad. Pukul 12 malam buat swab. Yang powernya dinda mungkin dia lemah kan buat swab tu dia tak bunyi pon gosok-gosok hidung je weyh. Aku risau dia melalak sebab sakit jugak weyh.

So dapat result pukul 2.30 pagi. Aku cangkung je weyh sebelah dia dari 7.45mlm. Sampai hospital tu badan aku sakit giler sebab benda mengejut. 3.00 pagi masuk wad. Alhamdulillah lega aku selesa dah dinda nk rehat.

Sampai sekarang aku trauma sangat tengok bilik air. Tutup mata aku teringat anak aku masa kejadian itu. korang semua please alert dan jangan panik. Buat apa yang sepatutnya. Awasi anak-anak supaya benda buruk ni tak berlaku dekat korang. Alhamdulillah sekarang anak semakin sihat dan aktif.

13 june 2021- Ahad

Sebelum keluar wad adinda sempat ziarah semua bilik. Merayap sambil sengih-sengih. Aku pon layankan sahaja. Tenghari tu kami berdua keluar wad sebab doktor dah pantau keadaan dada dan dalaman adinda mikayla. Alhamdulillah.

Sumber: Facebook Kelab Ikhtiar Hamil

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×