Dapur

Masak Nasi Lemak Selalu Lembik & Mentah. Ini 9 Tips Agar Ia ‘Menjadi’

287
SHARES

“Ish, kerasnya nasi lemak ni. Tak masak rupanya. Tapi kat rice cooker ni dah tukar mode ‘warm’. Aduh, apa nak buat ni?”

Masak nasi lemak rupanya bukanlah semudah yang disangka. Kali pertama mencuba mungkin tak akan terus menjadi. Sebabnya kalau kita masak nasi lemak, bahannya tak sama dengan nasi biasa.

Antara masalah yang selalu terjadi ialah nasi lemak yang dimasak menjadi mentah, lembik atau berketul-ketul. Nak kata tak ikut resepi, tak juga. ada yang dah ikut 100% pun masih tak menjadi.

Mungkin beberapa petua ini dapat membantu.

5 Tips Elak Nasi Lemak Daripada Mentah

1. Lebihkan Air

Biasanya kalau nak nasi lemak betul-betul masak, kena lebihkan sedikit air berbanding sukatan memasak nasi biasa.

Ingat formula ini, 1 : 1 : 1/2 = Beras : Air : Santan. Semua guna sukatan sama. Kalau pot, semua pot. Kalau guna cawan, semua cawan. Maksudnya kalau kita masak 2 pot beras, guna 2 pot air dan 1 pot santan. Kalau guna santan serbuk, bancuhkan dalam 1 pot air tu.

Insha Allah nasi lemak akan masak dengan lembut dan sempurna.

2. Masukkan Sesudu Minyak Masak

Bila sukatan dah ‘settle’, biasanya kita akan letaklah bahan-bahan tambahan lain contohnya halia, bawang, daun pandan, serai, dan sebagainya. Nak bagi wangi dan ‘naik’ aromanya.

Selain bahan-bahan tersebut, ada juga yang suka masukkan sesudu minyak masak supaya nasi lemak yang dimasak menjadi peroi atau lerai lebih cantik tanpa melekat-lekat.

Foto Kredit: healthnutnews.com

3. Jangan Lupa Gaul

Lepas dah siapkan semua bahan, bolehlah masak macam biasa. Tak kiralah guna rice cooker atau masak di atas dapur gas, kenalah ‘check’ periuk nasi bila agak-agak baunya dah naik.

Gaulkan supaya rata dan masak sekata. Tapi jangan terlalu kerap digaul sebab dikhuatiri berasnya akan pecah.

5. Rendamkan Beras

Satu lagi tips yang boleh anda cuba adalah merendam beras terlebih dahulu sebelum memasak nasi lemak.

Caranya, rendamkan beras yang telah dibasuh ke dalam santan selama sejam atau setengah jam supaya tak jelatah.

petua goreng ikan bilis nasi lemak

Foto Kredit: businesstimes.cc

Kalau Tetap Mentah / Lembik, Apa Nak Buat?

Kalau tak menjadi juga, jangan dibuang nasi yang mentah atau lembik tadi. Anda masih boleh menyelamatkannya dengan beberapa cara ini:

1. Kukus

Kukuskan nasi yang mentah di dalam pengukus selama lebih kurang 10 minit. Nasi lemak akan tetap masak dengan cantik tanpa berkerak. Lembut dan sedap!

2. Letak Cawan Berisi Air

Ambil mangkuk kecil dan isikan air panas. Kemudian buat lubang mengikut saiz mangkuk di tengah nasi dan letakkan mangkuk di dalamnya.

Tutup periuk dan masak semula nasi di dalam rice cooker atau atas api yang perlahan sehingga benar-benar masak.

petua nasi mentah

Foto Kredit: sweethoney86.blogspot.my

3. Tambahkan Sedikit Air Garam

Kalau air dah kering tapi nampak masih mentah, letak sedikit air panas bercampur garam dan sambung masak macam biasa dengan api paling kecil sekali. Pastikan periuk ditutup.

Bagi yang guna rice cooker, tekan semula butang ‘cook’. Tapi kadang-kadang tak boleh tekan, biarkan dalam mode ‘warm’ untuk lebih kurang 10 hingga 20 minit lagi.

4. Masukkan Telur

Sekiranya nasi lemak anda lembik pula, masukkan beberapa biji telur mentah yang dah dibasuh. Kalau periuk kecil, lebih kurang 2-3 biji telur pun dah cukup.

Kemudian, bungkus tudung periuk nasi dengan kain dan tutup semula tudung periuk. Biarkan dalam 15 minit seperti dalam gambar di bawah.

resepi nasi lemak

Foto Kredit: pinterest.com

Practice Makes Perfect

Katakanlah anda dah buat semua tips di atas tapi nasi tetap mentah, mungkin ia perlukan sedikit penyesuaian sebab ada jenis beras yang berbeza tahap masaknya.

Apapun, jangan cepat mengalah ya. Bak kata orang, practice makes perfect!  Gitu…

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×