40 Minggu

Kenapa Kena Minum Air Gula Semasa Hamil?. Ada Pengalaman & Tips?

496
SHARES

Minum Air Gula Semasa Hamil

Semua ibu hamil akan menjalani ujian darah (MGTT) sekiranya mempunyai salah satu atau lebih faktor risiko kencing manis. Jika anda tidak sabar dan mahukan jawapan kenapa kena minum air gula, sila terus ke bahagian bawah artikel ini. Pastinya ramai yang tertanya-tanya tentang persoalan berikut:

  • Kenapa kena minum air gula semasa mengandung? Apa tujuannya?
  • Apa rasa minum air gula?
  • Bila perlu minum air gula?
  • Bagaimana cara minum air gula semasa hamil?
  • Bila ‘check-up’, wajibkah kena minum air gula?
  • Kenapa ada yang muntah bila minum air gula?
  • Kenapa pula ada yang pening selepas minum air gula?
  • Kenapa wajib minum air gula di klinik kesihatan kerajaan, bukan swasta?
  • Apa bacaan normal selepas minum air gula?
  • Bagaimana mahu baca ‘result’ bacaan selepas minum air gula?
  • Bolehkah kalau tak nak minum air gula?

Adakah soalan di atas bermain-main di fikiran anda? Sebelum bincang lebih lanjut, mari kita dapatkan maklumat rasmi dari Kementerian Kesihatan Malaysia tentang kencing manis atau diabetes semasa hamil. Jika berminat, boleh download ‘leaflet’ ini di sini.

 

minum-air-gula-semasa-hamil-mengandung-kencing-manis-diabetes-1

minum-air-gula-semasa-hamil-mengandung-kencing-manis-diabetes-2

Apakah kencing manis atau diabetes?

Diabetes adalah keadaan di mana badan tidap dapat mengawal kandungan glukos dalam darah.

Apakah tanda diabetes semasa hamil?

Tiada tanda diabetes pada peringkat awal kehamilan. Walau bagaimanapun, semua ibu hamil yang mempunyai faktor risiko akan menjalani ujian darah (MGTT) untuk mengesahkan penyakit diabetes.

Apakah jenis diabetes?

  • Diabetes Jenis 1
  • Diabetes Jenis 2
  • Gestational Diabetes (Diabetes Semasa hamil)

Siapakah yang berisiko mendapat diabetes?

  • Terdapat kandungan gula dalam air kencing semasa permeriksaan kehamilan
  • Berat badan berlebihan
  • Mempunyai ibu-bapa yang menghidap diabetes
  • Pernah melahirkan bayi yang mempunyai berat lahir melebihi 4kg
  • Berumur melebihi 35 tahun
  • Pernah mengalamai keguguran berturut-turut, kematian bayi dalam kandungan atau semasa lahir dan bayi cacat
  • Pernah menghidap diabetes semasa kehamilan yang lalu
  • Mengalami penyakit seperti hipertensi dan polyhydramnios (air ketuban berlebihan) pada kandungan
  • Pernah hamil bayi lebih besar dari usia kehamilan

Apakah kesan diabetes kepada ibu dan bayi jika tidak dirawat?

Kesan pada ibu:

  • Hyper/hypoglycaemia (kandungan glukos yang berlebihan atau berkurangan dalam darah)
  • Jangkitan kuman di vagina yang kerap
  • Keguguran
  • Polihydramnios (air mentuban berlebihan)
  • Preeklampsia (hipertensi teruk)
  • Komplikasi diabetes seperti retinopati dan kegagalan buah pinggal

Kesan pada bayi:

  • Berat bayi melebihi 4kg
  • Mati dalam kandungan (IUD)
  • Hypoglycaemia (kurang glukos dalam darah)
  • Lemas semasa lahir
  • Kecederaan pada saraf di bahagian bahu

Apa yang perlu dilakukan jika menghidap kencing manis SEBELUM hamil?

  • Dapatkan kaunseling pra-kehamilan. Bincang dengan anggota kesihatan untuk merancang kehamilan
  • Mengawal dan memastikan glukos dalam darah berada pada tahap normal
  • Memberitahu doktor dengan segera jika hamil dan dapatkan pemeriksaan awal kehamilan

Apa yang perlu dilakukan jika menghidap kencing manis SEMASA hamil?

  • Dapatkan jagaan kehamilan yang rapi oleh anggota kesihatan
  • Mematuhi temujanji dan rawatan yang telah ditetapkan
  • Amalkan kebersihan diri
  • Ambil pemakanan yang disarankan oleh pesakit diabetes
  • Pemeriksaan paras glukos berkala di rumah

 

Kenapa kena minum air gula?

Dengan bantuan pembaca dari Facebook Page Hospital Bersalin, pentingnya minum air gula ialah untuk diagno ‘gestatinal diabetic mellitus’ atau dalam Bahasa Malaysia, kencing manis semasa mengandung. Bukannya apa, jika dapat kesan lebih awal, pemantauan akan dibuat untuk mengelakkan pelbagai komplikasi jika ibu menghidap diabetes. Ibu dijangkakan bakal melahirkan anak yang besar. Anak juga boleh mengalami kecacatan dan juga boleh meninggal dalam perut. Percayalah, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan membuat sesuatu dan memaksa minum tanpa sebab.

Apa beza di klinik kesihatan kerajaan berbanding swasta?

Klinik Kesihatan Kerajaan dengan Klinik Swasta memang tidak sama. Di Klinik Kesihatan Kerajaan, memang sudah diarahkan untuk minum air gula semasa 24 minggu kehamilan. Ini kerana kerajaan prihatin dengan masalah kencing manis ibu hamil disebabkan ia berkait antara ibu dan anak. Jika bayi dalam perut lebih 4kg, semasa bersalin, takut bahu bayi tersangkut bila mahu keluar dari saluran peranakan.

Adakah boleh sebabkan keputihan?

Respon dari pembaca lain mengatakan air gula tidak akan menyebabkan keputihan. Ini kerana keputihan disebabkan kebersihan diri sendiri. Jika terlalu banyak, beritahu doktor segera untuk mengelakkan kena jangkitan. Doktor akan beri ubat.

Di mana boleh baca pengalaman minum air gula semasa hamil?

Di mana boleh baca pengalaman minum air gula semasa hamil?

Ramai ibu-ibu yang sudi berkongsi pengalaman mereka. Antaranya ialah blogger Azlinism, noryzoulkefle, chintahatibeta dan juliajamaludin. Emaduel juga berkongsi pengalaman beliau minum untuk kali pertama. Ladydyot pula berkongsi tips sebelum minum air gula, contohnya, kena puasa dari pukul 10 malam.

Bagaimana prosedur dan proses minum air gula di Klinik Kesihatan?

  1. Ikut jadual yang telah diberikan semasa temujanji. Sila lihat keratan kertas yang diberikan.
  2. Kosongkan perut, jangan makan dan minum. Sebaiknya puasa bermula jam 10.00 malam
  3. Setiba di Klinik Kesihatan, ambil nombor giliran. Sebaiknya, sampai awal jam 7.30 pagi.
  4. Tunggu giliran untuk ambil darah. Darah akan diambil kira-kira 5ml.
  5. Minum air gula yang diberikan oleh ‘nurse’
  6. Tunjukkan cawan kosong pada ‘nurse’ sebagai bukti sudah minum
  7. Tunggu kira-kira dua jam untuk dapatkan ‘result’. Tidak boleh pergi ke mana-mana.
  8. Ambil darah sekali lagi untuk dapatkan bacaan terbaru
  9. Urusan selesai dan boleh makan

Nota: Sila minum dengan perlahan dan berhati-hati. Jika muntah, jururawat akan minta kita minum sekali lagi.

Apa tips & petua minum air gula?

  • Kosongkan perut pada malam sebelum kena minum air gula. Cadangan ialah berpuasa bermula jam 10 malam.
  • Bila tidak makan dan tidak minum, ia akan buat kita jadi haus. Maka lebih mudah minum dalam keadaan dahaga.
  • Jangan minum sikit-sikit kerana itu akan buat kita loya. Tarik nafas dahulu dan minum sekali teguk. Jangan berhenti!
  • Minum sambil tahan nafas agar tidak bau.
  • Jangan ambil masa yang terlalu lama. Tidak perlu duduk setengah jam di ‘pantry’ semata-mata mahu cuba habiskan satu cawan.
  • Minum semasa air gula masih suam kerana ia tidak terlalu likat

Ada sesiapa yang kata air gula ini sedap? Angkat tangan!

 

Jika anda ada pengalaman minum air gula, lebih-lebih lagi yang sampai pening dan muntah, boleh tolong jawab persoalan ini?

  • Kenapa kena minum air gula semasa mengandung? Apa tujuannya?
  • Apa rasa minum air gula?
  • Bila perlu minum air gula?
  • Bagaimana cara minum air gula semasa hamil?
  • Bila ‘check-up’, wajibkah kena minum?
  • Kenapa ada yang muntah bila minum?
  • Kenapa pula ada yang pening selepas minum?
  • Kenapa wajib minum air gula di klinik kesihatan kerajaan, bukan swasta?
  • Apa bacaan normal selepas minum air gula?
  • Bagaimana mahu baca ‘result’ bacaan selepas minum?
  • Bolehkah kalau tak nak minum air gula?

Semoga bermanfaat!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×