HADIAH HARI LAHIR TIKET KEMASUKAN PERCUMA UNTUK ANDA KE ZOO NEGARA
Berita baik untuk rakyat Malaysia, terutamanya ibu ayah yang suka bawa anak-anak berkunjung ke Zoo!
Zoo Negara Malaysia baru sahaja menawarkan tiket masuk percuma sebagai hadiah hari lahir khas untuk semua warganagera Malaysia.
Tiket percuma ini boleh didapati dalam tempoh 30 hari selepas tarikh hari jadi anda.
Wah, menarik kan?
Bagaimana Nak Dapatkan Tiket Percuma Ini?
Untuk mendapatkan Hadiah Hari Lahir oleh Zoo Negara ini, anda hanya perlu membawa kad pengenalan dan menunjukkannya di kaunter sebagai bukti tarikh lahir anda.
Terma & Syarat
- Warganegara Malaysia sahaja
- Sila bawa myKad/myKid untuk pengesahan di Kaunter Tiket
- Tiket kemasukan percuma selama 30 hari dari tarikh lahir anda
Harga Tiket & Waktu Operasi Zoo Negara Dalam Tempoh PKPP
Untuk makluman, bayaran masuk ke Zoo Negara dan waktu operasinya dalam tempoh PKPP adalah seperti dalam jadual di bawah ini:
Dalam tempoh PKPP ini, tentu ramai yang nak Cuti-cuti Malaysia dan dalam masa bercuti tu bolehlah singgah ke Zoo Negara sekali.
Macam-macam aktiviti boleh dilakukan bersama keluarga dekat Zoo Negara ni tau!
Selain dapat meluangkan masa bersama keluarga, anak-anak pun dapat belajar banyak perkara tentang haiwan dan habitatnya.
Jadi, jom ramai-ramai kita bawa keluarga ke Zoo Negara sempena promosi ini.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Zoo Negara Malaysia di http://www.zoonegaramalaysia.my/ atau ajukan terus pertanyaan anda di Facebook Zoo Negara melalui posting ini https://www.facebook.com/znegaramalaysia/posts/1704928589658133