Hebahan

Yayasan YTL Beri Smartphone Percuma Buat Pelajar Sekolah Golongan B40, Terbaik!

123
SHARES

Smartphone merupakan satu gajet wajib yang dimiliki oleh hampir semua orang. Digunakan sebagai medium untuk berkomunikasi antara satu sama lain juga digunakan untuk melayari internet bagi mengetahui perkembangan semasa, smartphone ini dilihat seperti satu gajet yang sangat memudahkan setiap pergerakan seseorang. Hampir kesemua lapisan umur memiliki smartphone ini, tidak kira dari yang sudah berumur sehingga lah budak kecik.

Tetapi apa yang kita tidak sedar, ada juga sesetengah orang yang tidak mampu untuk memiliki smartphone ini kerana ketidak mampuan mereka. Yayasan YTL dengan kerjasama YTL Communications kini hadir dengan berita gembira buat pelajar sekolah yang tidak mampu memiliki smartphone ini terutamanya mereka yang datang dari golongan B40, mereka telah menawarkan smartphone percuma buat golongan ini!

Pelajar Sekolah Kerajaan Diutamakan

Tawaran yang diumuman Yayasan YTL ini adalah bagi memudahkan pelajar ini untuk meneruskan sesi pembelajaran di rumah. Inisiatif belajar dari rumah itu adalah sebagai tambahan kepada kad SIM YES 4G yang dilengkapi dengan data 40 GB  selain sumber pembelajaran yang turut diberikan kepada pelajar sekolah terbabit.

Setiap smartphone terbabit akan dilengkapi dengan kad SIM prabayar YES 4G dan juga pelan data sebanyak 120 GB untuk tempoh setahun. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Yayasan YTL memohon kerjasama daripada guru sekolah terbabit untuk membantu memberikan nama pelajar yang sememangnya layak untuk memastikan smartphone yang ditawarkan dapat diserahkan kepada golongan keluarga yang amat memerlukan.

“Guru adalah barisan terbaik bagi mengenal pasti keluarga ini.

“Guru memainkan peranan penting dalam usaha membantu pelajar dalam kelas selain kerap meluangkan masa, tenaga dan ilmu bagi membantu pelajar mereka.

“Selain itu, guru dan ibu bapa juga harus bekerjasama rapat bagi membolehkan pelajar dapat meneruskan sesi pembelajaran dari rumah dengan baik tanpa sebarang gangguan,” katanya.

Pihak YTL Communications Bertungkus Lumus Uruskan Proses

Menurut Yayasan YTL itu lagi, sejak dilancarkan dua minggu lalu, pekerja YTL Communications bekerja sepanjang masa bagi menguruskan permohonan bagi mendapatkab kad SIM YES 4G percuma itu.

“Yayasan YTL amat memahami kesukaran dilalui kebanyakan keluarga di Malaysia terutama mereka dari golongan B40 ketika dunia dan negara kita sedang menghadapi ujian berat berikutan penularan wabak Covid-19.

“Ada yang terpaksa bertungkus-lumus demi mencari sesuap nasi, namun dalam apa jua cabaran yang dihadapi, YTL Foundation tetap nekad membantu pendidikan generasi muda terutama kepada mereka yang memerlukan.

“Ketika memproses permohonan berkenaan, YTL Communications tertarik dengan satu permohonan seorang ibu tunggal di sebuah perkampungan nelayan di Labuan, Sabah yang disertai dengan sekeping gambar tiga anak kecil sedang memegang sijil kematian ayah mereka.

“Gambar itu disertakan dalam borang permohonan ibu tunggal ini kerana dia tidak pasti jika anak-anaknya layak menerima kad SIM yang ditawarkan kerana suaminya meninggal dunia.

“Apa yang menyayat hati, dia kehilangan kerja baru-baru ini disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan atas dasar prihatin dan tanggungjawab sosial korporat, Yayasan YTL memberikan sebuah telefon pintar dengan kad SIM percuma seperti yang dipohon,” katanya.

Pernah berkhidmat sebagai guru dan juga isteri kepada Pemegang Amanah Yayasan YTL Tan Sri Aris Othman, Puan Sri Sherina Aris berkata, guru adalah yang terbaik untuk menilai keperluan pelajar didalam kelas mereka.

“Saya membesar dalam keluarga yang sangat miskin dan guru sayalah yang membantu saya menamatkan pengajian.

“Saya mengalami anemia akibat kekurangan nutrisi dan guru sayalah yang menyedari perkara ini dan menghantar saya berjumpa doktor serta mencari penaja yuran persekolahan saya.

“Guru lain turut sama menyumbang bagi memastikan saya mendapat nutrisi harian yang mencukupi.

“Sebagai bekas guru dan seorang yang pernah mengalami sendiri kebaikan yang dicurahkan guru, saya yakin anda boleh percaya bahawa guru sentiasa mengutamakan kesejahteraan pelajar mereka,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Yayasan YTL Tan Sri Francis Yeoh Sock Ping berkata, ibunya juga merupakan seorang guru.

“Kami membesar dengan melihat betapa dedikasinya ibu saya terhadap pelajarnya.

“Ibu akan mengadakan kelas tambahan untuk pelajar lemah mata pelajaran setiap hari selepas waktu persekolahan, namun kelas tambahan tidak akan bermula selagi pelajar tidak diberikan makanan terlebih dulu kerana dia tahu ramai antara mereka tidak mampu untuk mendapatkan bekalan makan tengah hari yang baik.

“Kami menghormati semua guru dan kami percaya mereka dapat membantu kami bagi mengenal pasti pelajar yang paling memerlukan untuk menerima tawaran percuma ini,” katanya.

Bagi semua guru, mereka boleh mencalonkan nama pelajar yang layak menerima smartphone itu di www.ytlfoundation.org/learn manakala pelajar yang berjaya akan dimaklumkan dan perlu mengemukakan pendaftaran mereka bagi membolehkan menerima smartphone yang dilengkapi pelan data 12 bulan YES 4G percuma.

Sumber : Harian Metro

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×