11street (www.11street.my), antara pasaran atas talian terbesar di Malaysia menyiarkan filem pendek sinematik pertama menampilkan gandingan Zizan Razak bersama penyanyi bintang Youtube kesayangan ramai, Elizabeth Tan.
Mereka akan terlibat dalam misi mengujakan tentang pencarian barang-barang yang disukai rakyat Malaysia dengan tema “Whatever It Takes”.
Kempen Filem Pendek “Whatever It Takes” Buktikan Keistimewaan 11Street
“Filem pendek ini merupakan satu langkah besar kehadapan kerana ini adalah yang pertama kali buat 11street.
Ini menunjukkan kesungguhan dan komitmen kami kepada pelanggan dalam menawarkan kepelbagaian pilihan produk”, kata Hoseok Kim, CEO 11street.
Kim juga menekankan bahawa kempen filem pendek “Whatever It Takes” akan dapat terus membezakan 11street dengan pasaran atas talian yang lain.
“Filem pendek ini membolehkan kami untuk menggambarkan keistimewaan jenama kami, perbezaan produk dan perkhidmatan, dan juga peluang untuk menegaskan komitmen 11street dalam memberi nilai tambahan dan kemudahan platform beli-belah atas talian, dengan pelbagai jenis produk pada harga yang kompetitif.”
Pengalaman Sinematik Pertama 11street Libatkan Tenaga Profesional
Filem pendek tersebut menunjukkan kegigihan Zizan dan Elizabeth sebagai seorang yang bersedia untuk menyelusuri apa jua rintangan dalam mencari barangan yang digemari rakyat Malaysia. Zizan akan berhadapan dengan pelbagai cabaran yang mencuit hati, dan sedia bertempur apa jua rintangan demi mencapai matlamatnya.
Untuk menambahkan rasa pengembaraan mengujakan, filem dirakamkan di Bangkok bagi memberikan pemahaman tambahan mengenai plot.
Sentuhan kepakaran turut ditambah ke dalam filem pendek ini menggunakan set kemahiran pelakon profesional dan juruvideo.
Tambahan pula, “Whatever It Takes” juga merupakan penanda aras untuk kedua-dua, Zizan dan Elizabeth, kerana ini adalah pertama kali duo dinamik ini bekerjasama.
Naib Presiden Komunikasi Permasaran 11street, Wong Siew Lai amat gembira dengan keserasian yang ditonjolkan oleh Zizan dan Elizabeth dan menyatakan lakonan mereka terbaik dalam melambangkan usaha 11street ini.
“Zizan dan Elizabeth sungguh bertenaga dan cukup serasi bersama. Ia sangat menakjubkan bagaimana mereka menggambarkan semangat yang 11street miliki dengan berkesan sekali untuk pelanggan-pelanggan kami.”
Turut Datang Dengan Promosi Mengujakan!
“Whatever It Takes” dengan sempurna menganalogi bagaimana 11street bekerja belakang tabir untuk sentiasa menyediakan produk terbaik bagi pengguna-pengguna di Malaysia.
Wong berkata, “Rasa cinta kami tidak akan pernah berakhir dalam usaha menawarkan yang terbaik melalui tawaran dan promosi hebat. Sebuah cinta yang menyatakan “kami akan menghadapi apa sahaja buat anda” dan jika anda melayari 11street, saya percaya anda pasti akan menemui sesuatu yang anda sukai.”
Hasil kreativiti ini telah dibangunkan oleh McCann Erickson Malaysia. Filem pendek berdurasi 3 minit penuh ini akan ditayangkan bermula dari 11 Mei hingga 26 Jun 2016 melaluil aman web 11street di www.11street.my dan saluran media sosial rasmi termasuk di YouTube, Facebook and blog 11street.
Boleh Disaksikan Mulai Jun 2016
Versi iklan komersial 30 saat juga akan disiarkan melalui saluran-saluran TV utama di Malaysia dari 1 Jun hingga 30 Jun 2016.
Senarai saluran TV yang akan menyiarkan iklan komersial 11street termasuklah
• MPTV: TV3, TV9, 8tv, ntv7,
• Astro: Ria, Ria HD, Prima, Warna, Astro on Demand 351, 352,361, 362, 350, AXN, AXN HD, DIVA, DIVA HD, One HD, WLT dan WLT HD
Bersempena pelancaran filem pendek ini, 11street akan memberikan kupon diskaun bernilai lebih dari RM2 juta dimana mekaniknya melibatkan pemilihan pengakhiran yang betul untuk filem pendek dalam laman web termasuk aplikasi telefon pintar yang tersedia untuk pengguna IOS dan Android.
Pada masa yang sama, terdapat juga promosi ‘King Coffee’ di bawahkempen ‘Whatever It Takes’ menampilkan jenama kopi terkemuka, Nescafé dan Café Bene, jenama kopi popular dari Korea, dengan diskaun sebanyak50% untuk pelbagai jenis kopi, termasuk kopi campuran 3-dalam-1, minuman tanpakafein, kopi premium dan lain-lain.
Jadilah Yang Pertama Menontonnya
Berikut adalah sedutan daripada filem pendek yang boleh anda saksikan melalui saluran rasmi 11street di Youtube.