Hebahan

Waze Berkembang Dan Bekerjasama Membantu Pengurusan Trafik di Stadium, Marathon dan Penganjur Acara

6
SHARES

Rock 'n' Roll Marathon Las Vegas (Photo credit - Ryan Bethke - Rock 'n' Roll Marathon Series)

Waze melancarkan Program Rakan Acara Global Waze (www.waze.com/eventpartners), dan membantu stadium, marathon dan penganjur-penganjur acara lain bagi membantu trafik dan menyalurkan maklumat lalulintas lebih baik kepada para hadirin dan komuniti secara amnya. Dengan lebih daripada 50juta pengguna aktif Waze di seluruh dunia dan 4,000 acara berjaya disokong setakat ini, Waze membantu di dalam membuat laluan khusus ke acara dengan menggunakan teknologi pengurusan trafik dan saluran komunikasi dan bertukar dengan rakan yang akan membekalkan maklumat trafik dan penutupan jalan secara langsung.

Waze Global Event Partner Program - Push Notification

Program Rakan Acara Global Waze memudahkan pengguna mengakses penyelesaian teknologi masa-sebenar bagi stadium, marathon dan penganjur acara berkongsi maklumat lalulintas dan trafik terus ke Waze menerusi:

  • Peralatan Penutupan Jalan Waze: Sebelum ini hanya tersedia untuk Waze Connected Citizens, kini rakan acara juga boleh memasukkan penutupan jalan terus ke peta Waze.
  • Rakan juga boleh bekerjasama dengan Waze dengan memasukkan lokasi tempat letak kereta dan banyak lagi ke dalam peta.
  • Waze Live Map: Membenarkan rakan untuk memantau trafik di dalam masa-sebenar. Juga boleh memasukkan Peta iFrame Secara Langsung ke laman web mereka.

 

  • Saluran Komunikasi Waze: Waze turut menyediakan saluran unik bagi mencapai pemandu termasuk pesanan di dalam aplikasi bagi memaklumkan penduduk setempat berkenaan acara dan maklumat penutupan jalan, menerusi laman web khusus www.waze.com/events dengan menyediakan peta dan senarai penutupan jalan, di samping sokongan komunikasi daripada kakitangan Waze sekiranya berlaku kecemasan atau krisis cuaca melanda.

Waze Global Event Partner Program - Inbox Msg 1

Pengumuman ini adalah penambahan perkhidmatan Waze, menyediakan penyelesaian percuma kepada ramai rakan, dari syarikan pengangkutan ke organisasi bandaran, bagi menawarkan laluan yang lebih efisien. Peralatan ini termasuk:

  • Waze Connected Citizens Program (http://www.waze.com/ccp) – menawarkan lalulintas lebih efisien dengan komunikasi dua hala dengan lebih daripada 80 organisasi bandaran
  • Waze for Broadcasters (http://www.waze.com/broadcasters) – membekalkan kepada lebih daripada 10 rakan penyiaran global dengan data masa-sebenar dan maklumat daripada pengguna Waze di jalanan
  • The Waze Transport SDK (http://www.waze.com/transportsdk) – memperkasakan enam syarikat pengangkutan bagi memperbaiki perkhidmatan dan mengembangkan perniagaan mereka dengan Waze ETA, navigasi dan laluan yang disukai dipaparkan secara terus ke aplikasi Waze

Program Rakan Acara Global Waze adalah percuma dan boleh digunakan di seluruh dunia untuk stadium, marathon dan penganjur acara.

Waze Global Event Partner Program - Inbox Msg 2

Untuk maklumat lanjut dan untuk menjadi rakan, sila layari www.waze.com/eventpartners.

 

Tentang Waze

Waze merupakan pengasas navigasi social, menggunakan teknologi mudah alih dan komuniti global bagi memenuhi jangkaan pengguna peta hari ini. Waze merupakan rangkaian pemandu terbesar dunia yang bersama-sama setiap hari bagi mengelak kesesakan dan menjimatkan masa dan wang. Untuk memuat turun aplikasi Waze secara percuma untuk iOS atau Android, sila layari www.waze.com.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×