Deko & Hias

7 Cara Warna Cat Dinding Rumah Mempengaruhi Aura & ‘Mood’ Anda

0
reads

“Pening juga nak pilih warna cat rumah ni. Tema warna apa paling best ya?”

Sesekali, tentu rasa teringin nak buat pembaharuan dan tukar hiasan dalaman untuk kediaman. Warna cat dinding yang paling selamat tentulah warna putih. Tapi tahukah anda, dari sudut psikologi, warna dapat memberi impak kepada mood seseorang.

Sebab itulah penting untuk memilih warna yang terbaik untuk dinding rumah. Warna kediaman mampu membuatkan seseorang mendapat tidur yang lebih lena dan bangun dengan lebih segar dan bertenaga. Malah, ia membantu menonjolkan lagi aura positif atau karakter istimewa dalam diri anda.

Menurut kajian, terdapat perkaitan antara warna dan ruang yang akan memberi impak pada mood seharian kita. Jadi kalau tersalah pilih, mungkin ia dapat mempengaruhi hari yang anda bakal lalui.

7 Cara Warna Cat Pada Dinding Mempengaruhi Aura & ‘Mood’ Anda

1. Kuning

Mungkin tak ramai yang berani memilih warna kuning untuk tema bilik tidur. Tapi sebenarnya warna terang seperti kuning dan oren ini dapat membangkitkan mood seseorang agar lebih ceria dan aktif untuk saling berinteraksi.

Selain itu, ia menyalurkan pencahayaan yang baik di samping memberi efek ruang yang luas.

Foto Kredit: shefashionshop.com

2. Merah

Tahukah anda, kajian mendapati cat dinding berwarna merah dapat meningkatkan adrenaline yang paling tinggi. Ini bermaksud ia mengujakan, membuatkan seseorang lebih bersemangat, membangkitkan selera makan, sekaligus mewakili suasana yang romantis dan sensual.

Tetapi, ia juga didapati meningkatkan tekanan darah jika kombinasinya tidak dipadankan dengan betul. Oleh itu, ia mungkin kurang sesuai bagi bilik tidur kerana dapat membuatkan seseorang berasa cemas dan tidak tenteram.

Foto Kredit: dorancoins.com

2. Biru

Ramai yang memilih warna yang tenang seperti biru dan lilac sebagai warna bilik tidur kerana ia tampak menenangkan serta membantu seseorang tidur lebih lena. Warna sejuk sebegini mampu mengurangkan tekanan darah serta membantu memperlahankan pernafasan dan degupan jantung supaya berada dalam keadaan rehat.

Ia juga dapat mencetuskan inspirasi seseorang kerana warna biru dapat membuatkan seseorang menjadi lebih produktif serta kreatif. Oleh itu, warna biru juga sesuai untuk menghias ruang kerja atau pejabat. Berlawanan dengan warna terang, warna yang bertona tenang tidak sesuai digunakan pada ruang berkongsi seperti ruang tamu dan dapur kerana dilihat lebih pasif dan membuatkan seseorang kurang berselera dan bertenaga.

Foto Kredit: alternatux.com

3. Kelabu / Warna Neutral – Bersifat Fleksibel

Warna neutral dari rangkaian putih, beige hingga ke tona lebih gelap seperti coklat dan kelabu merupakan warna yang dianggap selamat dan pada masa yang sama bersifat fleksibel kerana mudah dipadankan dengan apa sahaja warna yang diinginkan. Warna neutral juga membuatkan ruang tampak lebih moden dan kemas.

Dengan pilihan tona yang pelbagai, warna neutral juga sesuai digunakan untuk semua jenis ruang dalaman. Dengan pilihan tona yang pelbagai, warna neutral juga sesuai digunakan untuk semua jenis ruang dalaman.

cara hias bilik tidur

Foto Kredit: erikabrechtel.com

4. Tona Hijau 

Tona ini amat sinonim bagi pencinta alam semulajadi. Terletak pada pertengahan spektrum warna, hijau mudah serasi dengan warna yang terang mahupun sejuk. Kombinasi biru yang sejuk dan kuning yang ceria membuatkannya sesuai digunakan untuk semua jenis ruang dalam kediaman. Suasana tenang dapat dicipta pada ruang dapur yang sibuk jika digandingkan dengan warna hijau.

Jika diterapkan pada ruang tamu pula, ia mampu menyemarakkan suasana hangat bagi mengeratkan hubungan.  Penggunaan warna hijau juga dipercayai dapat  membantu mengurangkan stres dan merupakan simbol kesuburan. Oleh itu, ia juga sesuai untuk dijadikan warna latar bagi bilik tidur.

Foto Kredit: dotcomwomen.com

5. Merah Jambu

Warna merah jambu selalunya menjadi pilihan untuk bilik tidur anak perempuan. Biasanya mereka memang suka Hello Kitty atau tema ala Barbie yang serba pink! Apapun, secara psikologinya, ia memberi rasa tenang, ceria dan kasih sayang.

Selain itu, warna merah jambu juga dipercayai dapat meredakan rasa marah dan agresif. Sebuah kajian di Amerika Syarikat mendapati bahawa banduan dalam penjara kelihatan lebih tenang apabila berada dalam ruang dengan dinding berwarna merah jambu.

Walaubagaimanapun, ia mungkin kurang sesuai jika digunakan digunakan secara keterlaluan kerana seseorang akan cenderung merasa keanak-anakan dan lemah. Maka untuk menyeimbangkannya, anda boleh kombinasikan dengan warna hitam, putih atau kelabu.

Foto Kredit: hgtv.com

6. Ungu

Warna ungu melambangkan kemewahan kerana ia juga dikaitkan dengan warna diraja. Penggunaan warna ungu gelap pada ruang akan menonjolkan rasa romantik, misteri, dan aura mewah serta sofistikated di samping mencetus ilham untuk berkarya. Warna ini sesuai untuk ruang tamu, dapur, mahupun pejabat.

Sebaliknya, bilik tidur lebih sesuai dengan warna kombinasi ungu lembut kerana ia mendamaikan dan membantu anda lebih relaks.

Foto Kredit: dma-upd.org

7. Warna Gelap

Walaupun sering dikaitkan dengan kesuraman, tetapi warna yang gelap juga dapat membuatkan sebuah ruang menarik. Warna seperti navy blue dapat menjadikan sesebuah ruang kelihatan lebih berkarakter dan dramatik.

Warna hitam yang kini semakin banyak digunakan sebenarnya juga menampilkan keunggulan diri, disiplin, serta melambangkan kekuatan. Namun, ia juga mempengaruhi peralihan mood yang cepat (mood swing). Untuk menyeimbangkannya, kombinasikan hitam dengan warna putih agar emosi lebih stabil dan warna hitam juga tampil lebih menyerlah. Pastikan juga cahaya semulajadi dapat masuk ke dalam ruang sebanyak mungkin agar suasana ruang lebih bertenaga.

warna cat dinding

Foto Kredit: houzz.com

Ingat, Kombinasi Warna Juga Penting!

Warna ialah alatan yang mempunyai impak besar dalam rumah seseorang. Ia bukan sahaja dapat mengubah suasana dalam rumah mengikut cita rasa pemilik, malah dapat membuatkan sesebuah ruang menjadi lebih lapang, kecil, serta dapat membantu menyerlahkan lagi perabot yang digunakan.

Hadkan penggunaan 3 ke 4 warna sahaja termasuk perabot supaya ruang dalaman kekal kemas dan tidak kelihatan terlalu berserak.

Kesannya pada emosi seseorang amat besar serta mampu mempengaruhi suasana dalam rumah tersebut. Adalah penting supaya dapat memilih warna yang dapat mengecapi suasana kekeluargaan seperti ketenangan, kebahagiaan serta keselesaan.

Yang Popular

To Top