Asuh

“Pergi Scan Benjolan Rupanya…”- Wany Hasrita Tak Sangka Anak Perempuan Alami Angin Pasang & Perlu Dibedah

angin pasang

Naluri seorang ibu pastinya membuatkan kita lebih peka apabila melihat perubahan pada tubuh anak, lebih-lebih lagi jika muncul benjolan yang sebelum ini tidak pernah ada. Perkara sama turut dialami penyanyi Wany Hasrita apabila menyedari anak perempuannya, Aishah Al Iman, mengalami angin pasang atau inguinal hernia.

Baca juga: Pernah Bergelar Juara Dunia, Amatullah Hamidah Tambah Koleksi Kejayaan Pidato Raih Top 5 Di ‘Pentas Little Star’

WANY HASRITA TAK SANGKA ANAK PEREMPUAN ALAMI ANGIN PASANG

angin pasang

Tangkap layar perkongsian video TikTok Wany Hasrita.

Menerusi perkongsian video di TikTok, Wany mendedahkan dia mula menyedari terdapat bengkak pada sebelah bahagian tubuh anaknya itu pada minggu lalu. Pemeriksaan lanjut kemudian mengesahkan Aishah mengalami keadaan berkenaan.

Perasan ada bengkak sebelah, rupanya anak alami inguinal hernia

Menerusi hantaran tersebut, Wany berkongsi pengalamannya menyedari perubahan pada tubuh Aishah sebelum membawanya menjalani pemeriksaan.

“My strong girl! Aishah sebenarnya kena Inguinal Hernia. Minggu lepas perasan ‘eh kenapa macam bengkak sebelah ni’. Sebelum ini tak ada pun.

“Pergi scan rupanya itu. Inguinal hernia pun boleh jadi pada kanak-kanak perempuan tau. Periksa anak perempuan anda, terutamanya di sekitar kawasan kelangkang dan ari-ari.

“Kadang-kadang kita tak perasan sebab kawasan itu ada lemak tisu yang boleh buat benjolan nampak tak begitu ketara,” kongsinya.

Menurut Wany, perkongsian itu dibuat bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa tentang keadaan yang mungkin tidak disangka boleh berlaku kepada anak perempuan.

“Berkongsi kesedaran ini sebab Wany sendiri pun tak sangka benda ini boleh jadi pada anak perempuan.

“Kalau nampak ada benjolan atau bengkak yang luar biasa, tolong dapatkan pemeriksaan doktor,” ujarnya.

Baca juga: Setiap Kali Nampak Polis, Si Cilik Pesakit Leukemia Ini Mesti Teruja! Kini Impian Naik Kereta Polis Jadi Nyata

Apa itu inguinal hernia?

angin pasang

Tangkap layar perkongsian video TikTok Wany Hasrita.

Menurut Cleveland Clinic, inguinal hernia berlaku apabila sebahagian tisu dari dalam abdomen, termasuk usus, menonjol melalui bukaan pada dinding abdomen di kawasan kelangkang. Keadaan ini boleh menyebabkan benjolan yang kelihatan di bawah kulit.

Walaupun lebih kerap berlaku kepada kanak-kanak lelaki, kanak-kanak perempuan juga boleh mengalami masalah kesihatan ini. Di mana, bayi perempuan turut mempunyai saluran inguinal dan hernia yang berlaku di kawasan tersebut boleh melibatkan ovari.

Antara tanda yang boleh diperhatikan oleh ibu bapa termasuk:

  1. Benjolan atau bengkak di kawasan kelangkang.
  2. Bengkak yang kelihatan lebih ketara ketika anak menangis, batuk atau meneran.
  3. Benjolan yang kelihatan timbul dan kemudian mengecil atau hilang ketika anak berehat.

Bagaimanapun, benjolan di kawasan kelangkang tidak semestinya berpunca daripada angin pasang. Pemeriksaan doktor diperlukan untuk mengenal pasti punca sebenar dan menentukan rawatan yang sesuai.

Selain itu, hernia yang tersepit atau mengalami gangguan bekalan darah boleh menjadi kecemasan perubatan. Oleh itu, ibu bapa perlu mendapatkan rawatan segera jika anak mengalami kesakitan yang teruk, benjolan menjadi merah atau lebam, demam, loya atau muntah.

Jangan abaikan benjolan luar biasa pada anak

Pengalaman Wany ini menjadi peringatan bahawa ibu bapa perlu peka terhadap perubahan pada tubuh anak, termasuk di kawasan yang mungkin jarang diperiksa.

Sekiranya terdapat bengkak atau benjolan yang tidak pernah dilihat sebelum ini, sebaiknya jangan membuat andaian sendiri atau menunggu terlalu lama untuk mendapatkan nasihat perubatan.

Pengesanan awal membolehkan doktor menilai keadaan anak dan menentukan langkah rawatan yang diperlukan. Menurut Cleveland Clinic, inguinal hernia dalam kalangan kanak-kanak biasanya memerlukan pembedahan bagi membaiki bukaan yang menyebabkan hernia tersebut.

@wanyhasritaMy strong girl! Aishah sbnrnya kena Inguinal Hernia. Minggu lepas perasan eh kenapa mcm bengkak sebelah ni. Sblm ni tk ada pun. Pergi scan rupanya itu. Inguinal hernia pun boleh jadi pada kanak-kanak perempuan tau. Do check your daughters, especially around the groin & pubic area. Kadang-kadang kita tak perasan sebab kawasan tu ada fat tissue yang boleh buat benjolan nampak tak begitu obvious. Sharing this awareness sebab Wany sendiri pun tak sangka benda ni boleh jadi pada anak perempuan. Kalau nampak ada benjolan atau bengkak yang luar biasa, please get it checked by a doctor. ❤️ Thank you so much to Dr. Razak, Dr. Maryam & all the doctors, nurses & everyone who has been taking care of Aishah. We truly appreciate all the care & kindness.❤️🥹 Thank you so much to Dr. Razak, all the doctors, nurses & everyone who has been taking care of Aishah throughout her stay here. We truly appreciate all the care, kindness and support. ❤️🥹♬ original sound – Wany Hasrita

Sumber: TikTok Wany Hasrita / Cleveland Clinic

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×