Fesyen

Tertelan Sampai Masuk Ke Peparu Kiri, Ini Sebab Jangan Kepit Pin Di Bibir Masa Nak Pakai Tudung

715
SHARES

Mesti ramai kaum perempuan yang biasa kepitkan kerongsang atau jarum peniti masa nak pakai tudung kan?

Kalau ada yang masih buat tu, rasanya kena cubalah hentikan tabiat ini sebab ia boleh membahayakan.

Menurut Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, tindakan ini telah menyebabkan seorang wanita terpaksa melalui prosedur rigid bronchoscopy untuk mengeluarkan sebatang pin dari paru-paru kirinya!

Wanita tertelan pin tudung

Wanita tertelan pin tudung

Tertelan Pin Ketika Memakai Tudung

Wanita ini dilaporkan telah tertelan pin yang dikepit di bibir semasa memakai tudung.

Orang perempuan mesti faham tabiat ni kan?

Biasalah, kadang-kadang tak ada meja solek depan cermin tu, atau mungkin kita nak cepat. Maka kita pun kepitkan pin atau kerongsang dekat bibir masa nak pakai tudung dan adjust bentuk semua tu.

Bahaya betul tindakan begini sebenarnya!

Kata Dr Kamarul lagi, lazimnya kejadian begini boleh berlaku akibat terbatuk, terbersin, tarik nafas, atau terlucut dari bibir ketika menggayakan tudung.

Wanita tertelan pin tudung

Berjaya Dikeluarkan Dengan Selamat Oleh team Respiratory UKMMC

Mujurlah team Respiratory UKMMC telah berjaya mengeluarkan pin tersebut dengan selamat.

Menurut Dr Kamarul lagi, kes macam ni bukan pertama kali berlaku kerana ramai wanita lakukan perkara yang sama ketika memakai tudung dan menggayakan hijab atau shawl.

Jadi kalau nak selamat, elakkanlah tabiat ni dan jangan kepit pin di bibir lagi tau!

Jom sama-sama beringat ya.

 

*Sumber: FB Respiratory UKMMC via Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×