Sihat

Wanita Mengandung & COVID-19: Ini Risiko & Saranan Pakar Yang Anda Perlu Tahu

22K
SHARES

Sejak Perdana Menteri mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan yang akan bermula 18-31 Mac ini, kita dapat rasakan yang wabak ini semakin serius.

Walaupun keadaan kelihatan masih tenang di kebanyakan tempat, namun ada juga sebahagian antara rakyat Malaysia yang mula panik dan bimbang.

Bagi wanita hamil juga, mungkin ada yang risau kerana biasanya mereka tergolong dalam golongan yang lebih terdedah kepada risiko jangkitan.

Maka, apakah risiko wanita mengandung dijangkiti COVID19?

Di sini kami kongsikan ulasan oleh seorang Pegawai Farmasi dan juga salah seorang ahli Medical Mythbuster Malaysia berkenaan persoalan tersebut.

COVID-19 & Kehamilan

Adakah mudah untuk wanita mengandung jatuh sakit sekiranya dijangkiti?

Jika dijangkiti adakah wanita mengandung akan lebih teruk keadaannya daripada individu lain?

Jawapan:

Masih belum diketahui lagi sama ada wanita mengandung lebih berisiko dijangkiti COVID19 atau keadaan lebih serius jika dijangkiti.

Wanita mengandung akan alami perubahan dalam fungsi sistem tubuhnya dan mungkin boleh meningkatkan risiko sesetengah jangkitan.

Jika dilihat virus daripada kelompok yang sama dengan COVID-19 dan virus lain yang menjangkiti saluran pernafasan, dilihat wanita mengandung adalah lebih berisiko untuk mengalami kesan serius jangkitan.

Oleh itu adalah amat penting untuk wanita mengandung menjauhi dan mengelak daripada menerima jangkitan.

Saranan Untuk Wanita Mengandung Ketika COVID-19

Amalkan saranan pihak KKM untuk :

1. Kerap basuh tangan dengan sabun atau gunakan ‘Hand Sanitizer’ apabila berada di luar.

2. Jarakkan diri 1m daripada orang yang bergejala (social distancing)

3. Pakai face mask apabila berada di luar.

4. Jauhkan dari daripada lokasi tempat awam atau kawasan yang sesak dengan masyarakat awam. Tak perlu pergi jangan pergi. Jika perlu pergi minta bantuan suami seperti ke pasaraya atau ke pasar awam.

5. Elakkan melawat ke luar negara atau ke kawasan yang diketahui alami wabak COVID19 ini.

Jika bergejala, hubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau talian CPRC Kebangsaan di nombor hotline seperti di bawah ini:

  • 03 – 888 10 200
  • 03 – 888 10 600
  • 03 – 888 10 700

Sumber : https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/prepare/pregnancy-breastfeeding.html

Pegawai Farmasi Anda

Mohd Dziehan Mustapa
Medical Mythbusters Malaysia (M3)
#SocialDistance
#medicalmythbustersmalaysia

*Pautan artikel asal : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10158203954222630&id=779052629

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×