Kini Trending

Wanita Kejam Upah RM16,650 Culik Bayi Daripada Rahim Penagih Dadah Hamil

71
SHARES

Di Colombia demi menyara kehidupan dengan aktiviti jenayah, seorang wanita sanggup mengupah tiga lelaki untuk bertindak kejam menculik bayi daripada rahim seorang penagih dadah yang hamil.

Baca juga: Meruntun Hati, Wanita Sanggup Jual Ginjal Demi Mengubati Suami

WANITA KEJAM UPAH RM16,650 CULIK BAYI DARIPADA RAHIM PENAGIH DADAH HAMIL

RAKAMAN kamera litar tertutup menunjukkan Yepes bersama bayi berkenaan – Harian Metro

Semalam Harian Metro melaporkan, Yadira Yepes mengaku membayar 3,000 pound sterling (RM16,650) untuk membunuh seorang penagih dadah yang hamil dengan mengeluarkan bayi dari rahim mangsa.

Suspek didakwa membunuh Sandra Alvarez yang juga seorang gelandangan di Soacha. Malah, suspek juga terbabit dalam penyeksaan dan aktiviti pemerdagangan kanak-kanak.

Perbuatan jenayahnya berjaya dihidu apabila suspek yang berusia 23 tahun pergi ke hospital. Suspek memaklumkan kepada doktor, bahawa dia baru saja melahirkan anak beberapa jam sebelum itu.

Selepas menjalani beberapa pemeriksaan, doktor mendapati wanita itu berbohong dan laporan dibuat.

Polis Soacha, Kolonel Livio Castillo memaklumkan media tempatan suspek mengaku membuat satu rancangan jahat untuk mencuri bayi terbabit, selepas memberikan jawapan yang bercanggah sewaktu disoal siasat.

Malah, Yepes kelihatan gementar ketika disoal berkenaan bagaimana bayi terbabit boleh berada di tangannya.

“Kami menghubungi keluarganya dan mereka memaklumkan wanita itu mengandung, namun muncul dengan seorang bayi yang didakwa lahir secara tiba-tiba.

“Mereka kemudian membawa wanita itu ke hospital kerana bimbang kesihatannya.

“Suspek kemudian memaklumkan ketika bulan ketiga kandungannya gugur, dan itu menyebabkan dia merancang untuk mendapatkan bayi lain sebagai ganti,” katanya.

Kemudian pihak berkuasa menjelaskan, Yepes mengupah tiga lelaki untuk bertemu mangsa dan membawa mangsa bersiar-siar di kawasan pedalaman di Chachua, pada 8 April lalu.

Seorang daripada tiga suspek lelaki yang melakukan jenayah itu mengeluarkan bayi yang berusia 37 minggu dari rahim mangsa, menurut El Tiempo.

Penduduk kawasan menemui mayat Alvarez, dengan uri dan tali pusat bayi.

Superintendan Polis Fabian Garcia ternyata terkejut dengan keganasan yang berlaku dalam kes ini.

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×