Famili

Wanita Cemas Pokok Harga RM50k Kena ‘Kebas’ Depan Rumah!

90
SHARES

Siapa yang tidak sedih apabila melihat barang kesayangan telah diambil orang. Bagitu juga dengan satu hantaran di Facebook ini dikenali sebagai Rus Majida Hassan, tampil menceritakan pokok-pokoknya yang berharga dipercayai telah dicuri individu yang tidak bertanggungjawab. Difahamkan, harga bagi ketiga-tiga pokok tersebut adalah RM50k.

Baca juga: Cara Buat Lemon Madu Homemade Bagus Untuk Antibodi

KES KECURIAN POKOK, TOLONG SAYA SHARE

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku semalam, di Kuala Terengganu, dan wanita ini turut memperincikan setiap nama tanamannya yang dikenali sebagai Monstera Albo Marble (daun putih hijau besar berlubang-lubang), Monstera Aurea Marble (daun kuning hijau besar berlubang-lubang), dan Monstera Albo Halfmoon (daun sebelah hijau sebelah putih).

Assalamualaikum semua, minta pertolongan semua untuk share dan war-warkan di semua group dan media social. 3 pokok kesayangan saya yang bernilai RM50,000 telah hilang dicuri petang semalam di Kuala Terengganu. Pokok yang hilang adalah seperti yang tertera dalam gambar:

1) Monstera Albo Marble (daun putih hijau besar berlubang-lubang)

2) Monstera Aurea Marble (daun kuning hijau besar berlubang-lubang)

3) Monstera Albo Halfmoon ( daun sebelah hijau sebelah putih)

Laporan polis telah dibuat dan saya amat memerlukan pertolongan sekira ada sesiapa yang mengenali saudara / jiran / rakan yang tiba-tiba ada menanam pokok ini di rumah atau terjumpa posting di mana-mana platform untuk menjual pokok sebegini, sila segera maklumkan kepada saya.

Saya amat mengenali pokok saya berikutan corak khas dan saiz pokok tersebut tidak dimiliki oleh orang lain. Pokok ini tiada dijual di nurseri biasa dan saiz pokok yang dicuri sangat sukar didapati.

BAWA PENCURI KE MUKA PENGADILAN

Tolong bantu saya untuk dapatkan semula pokok-pokok ini dan agar saya dapat membawa si pencuri ke muka pengadilan.

Ralat sungguh ralat kerana pokok-pokok ini saya dah bela selama hampir 3 tahun dan mencapai saiz yang tidak dimiliki oleh orang lain. Ini membuatkan pokok-pokok ini mudah untuk dicam sekiranya dijumpai.

Terima kasih kepada semua yang sejak petang semalam sehingga ke saat ini bertubi-tubi membantu saya untuk menjejak pokok-pokok ini dan memberikan kata-kata semangat buat saya. Hampir rebah rasanya sewaktu menyedari kejadian yang berlaku. Sekiranya ada yang dah terbeli pokok ni, saya takkan minta semula pokok ni. Saya cuma nak dapatkan detail si penjual (nama, no telefon, no acc bank, lokasi) supaya dapat membantu siasatan polis. Harap dapat berlaku jujur dengan saya.

Kepada si pelaku sekiranya anda membaca tulisan saya, sila pulangkan pokok saya seperti sedia kala atau saya tidak akan memaafkan anda dunia akhirat dan berdoa agar anda menerima balasan yang setimpal dunia akhirat. Saya juga doakan pokok tersebut tidak akan hidup subur di tangan anda, sungguh saya tidak redha dengan perbuatan anda yang menceroboh kawasan rumah dan mencuri pokok-pokok kesayangan saya. Bertaubatlah!

Sumber: Rus Majida Hassan 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×