DIY & Kraf

Viral Di TikTok, Ini ‘Trick’ Paling Mudah Cuci Tupperware Berminyak

275
SHARES
tupperware

“Adoi susahnya nak hilangkan minyak dekat tupperware. Macam mana nak buat eh?”

Kadang-kadang memang sakit kepala dan penat bila datang bab-bab nak mencuci bekas makanan atau tupperware. Tambah pula bila makanan yang dibawa adalah berminyak dan keseluruhan bekas makanan tersebut turut meninggalkan kesan minyak yang degil!

Walaupun anda sudah menggunakan sabun pencuci pinggan yang kuat, masih terdapat kawasan dalam bekas makanan yang berlekuk masih tidak ‘bebas’ dari minyak. Jadi, menariknya menerusi laman media sosial TikTok yang menjadi kegilaan ramai sekarang ini, ada juga yang berkongsikan cara untuk menghapuskan minyak ketika mencuci bekas makanan. Memang menjadi!

VIRAL KAEDAH CUCI TUPPERWARE BERMINYAK PALING BERKESAN

tupperware

Menerusi video yang dikongsikan berdurasi 1:07 minit tersebut, wanita ini menunjukkan cara masih ramai dalam kalangan kita tidak sangka akan berkesan. Mana tidaknya, dia hanya menggunakan tiga bahan sahaja iaitu:

-Air

-Sabun pencuci pinggan

-Tisu

Di dalam video ini, dia hanya menggunakan sabun, air dan ditambah sedikit tisu yang sudah dikoyak. Kemudian, digoncangkan kesemuanya bersama air dalam bekas makanan yang tertutup.

Hasilnya memang luar biasa kerana kotoran berminyak dalam bekas makanan tersebut telah hilang tanpa perlu ‘disental’!

Sumber: NowThisNews

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×