Dengan pengenalan tiga laluan baru – HCMC-Kaohsiung, Hanoi-Taipei and Haiphong-Seoul, Vietjet dengan berbesar hati akan memberikan 150,000 tiket promosi dari harga USD0 sebagai sebahagian daripada kempen “Kini 12 tengahari, Jom Vietjet”.
Promosi ini akan berlangsung dari 6, 7 dan 8 September 2016 dan ia boleh dipakai di semua laluan antarabangsa Vietjet, termasuklah tiga laluan baru tersebut, dari 1 Oktober 2016 sehingga 31 Mac 2017.
Tiket promosi tersebut boleh ditempat dari jam 12 tengahari sehingga 2 petang (Waktu Vietnam) di www.vietjetair.com (juga boleh dilayari melalui telefon pintar di https://m.vietjetair.com) atau www.facebook.com/vietjetvietnam (cuma tekan tab “Booking”). Bayaran boleh dibuat dengan mudah menggunakan kad debit dan kredit Visa, MasterCard, JCB, dan American Express dan kad-kad ATM yang dikeluarkan oleh 24 bank Vietnam yang telah berdaftar dengan perbankan internet.
Dengan tiga laluan baru tersebut, Vietjet kini mempunyai rangkaian penerbangannya kepada 20 laluan antarabangsa dengan 15 destinasi di rantau ini, dan ingin mengembangkan lagi perdagangan serantau dan integrasi.
Dengan perkhidmatan berkualiti tinggi, tiket tambang murah istimewa dan pelbagai kelas tiket, Vietjet menawarkan penumpan dengan anak kapal yang dinamik dan mesra pelanggan, tempat duduk yang selesa, hidangan makanan yang panas dan kejutan istimewa daripada aktiviti di dalam penerbangan.
Mengenai Vietjet:
Vietjet merupakan syarikat penerbangan pertama dari Vietnam yang beroperasi sebagai kos murah dan pelbagai perkhidmatan bagi memenuhi permintaan pengguna. Baru-baru ini, Vietjet memenangi IOSA Certification daripada International Air Transport Association (IATA) selepas hanya tiga tahun beroperasi. Like Vietjet di Facebook, https://www.facebook.com/Vietjetvietnam, Twitter, @Vietjetvietnam, dan lihat video di https://www.youtube.com/user/Vietjetvietnam