Famili

[VIDEO] Wanita Terberak Atas Lantai, Pelanggan Nyaris Jatuh Terpijak Najis

21
SHARES

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebuah kafe memaparkan detik menjijikkan apabila satu benda yang kelihatan seperti najis jatuh daripada pakaian seorang wanita ke atas lantai.

Menerusi video yang dikongsi oleh @oppglobalmemes di laman TikTok, menunjukkan wanita itu berjalan tergesa-gesa menuju ke belakang kafe berkenaan.

Baca juga: Beli Telefon Bimbit Murah Online, Bila Buka Dapat Sebungkus Garam

WANITA TERBERAK ATAS LANTAI, PELANGGAN NYARIS JATUH TERPIJAK

Dalam keadaan tergesa-gesa, tiba-tiba satu ketulan jatuh dari skirt wanita tersebut dan apabila seorang lelaki berbaju merah masuk dia tergelincir akibat terpijak najis di atas lantai tersebut.

Video tersebut dikatakan berlaku pada tahun 2015 tetapi baru tular di media sosial apabila dimuat naik di laman TikTok. Video itu menerima 6.5 juta tontonan dan rata-rata netizen turut jijik dan geli melihat video tersebut.

Mereka turut beranggapan wanita itu mungkin tidak tahan untuk membuang air besar sehingga menyebabkan dia terberak di atas lantai kafe tersebut. Menggelikan!

VIDEO PENUH:

@oppglobalmemes_

#xzybca #foryoupage #fyp #viral

♬ original sound – zoe🧏🏽‍♀️

Sumber: Daily Star & TikTok Oppglobal_2.0

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×