Rakyat

Video Viral Bagi Anak Hisap Vape Cetus Amarah Dalam Kalangan Netizen

26
SHARES

Terbaharu, tular satu video di laman Facebook memaparkan seorang kanak-kanak kecil menghisap rokok elektrik (vape) yang dipercayai telah diberikan oleh kedua ibu bapanya sendiri. Video tersebut secara tidak langsung membangkitkan amarah dalam kalangan warganet yang mempersoalkan logik akal fikiran ibu bapa kepada kanak-kanak tersebut.

ANAK HISAP VAPE?

anak hisap vape

Difahamkan, wanita yang dipercayai ibu kepada kanak-kanak itu telah memuat naik Instastory anaknya menerusi laman Instagramnya miliknya. Menerusi video tersebut dapat dilihat ‘reaksi’ kanak-kanak kecil itu yang seolah-olah terpaksa menghisap rokok elektronik itu berulang kali setelah diberikan oleh ibunya.

“Dah tiga kali dah, mummy cakap apa?”

Susulan daripada itu, wanita itu juga turut memuat naik satu ‘kenyataan’ membidas segala kecaman-kecaman netizen yang marah akan tindakannya itu. Bahkan, dia turut memberikan peringatkan mesra kepada netizen supaya tidak mencampuri urusannya. Namun, sehingga kini tiada sebarang maklumat tambahan berhubung kejadian itu.

“Suka hati aku lah nak post apa, kalau rasa semak jangan follow aku. Aku tak follow pun sibuk-sibuk comment-comment dekat gambar aku.

Anak aku suka hati aku, aku yang jaga dia bod**!”

“SEMOGA DIBERIKAN HIDAYAH”

Sudah pasti ramai dalam kalangan warganet yang memberikan respon kepada hal ini yang turut tular di laman Facebook. Ramai yang keliru dengan tindakan oleh wanita ini dan mempersoalkan dimana letakkanya akal dan fikiran untuk memberikan ‘vape’ tersebut kepada anaknya.

Sumber: Facebook

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×