Famili

[VIDEO] Teruja Dapat Surprise Bouquet Duit, Sekali Terbang!

179
SHARES

Bila sudah lama tidak bertemu dengan yang tersayang, salah satu cara untuk menggembirakan mereka adalah dengan menggunakan khidmat ‘surprise delivery’. Maklumlah dengan surprise delivery sebegini menunjukkan tanda bahawa kita memang menghargai individu tersebut terutama sekali apabila hari-hari istimewa.

BOUQUET DUIT TERBANG….

Seperti video perkongsian individu yang menawarkan khidmat suprise delivery dikenali sebagai Coklat Suprise Melaka di laman TikTok ini, memaparkan reaksi kanak-kanak yang begitu teruja mendapat belon helium yang berisi duit bersempena hari jadinya yang ke-9. Namun, kegembiraan tersebut tidak bertahan lama kerana dibawa angin terbang ke langit!

Bouquet duit terbang, sungguh terbang. Kita tersurprise sekali.

Bagaimanapun, keterujaan tersebut bertukar menjadi mimpi ngeri buat kanak-kanak ini apabila belon tersebut diterbangkan angin termasuk duit-duit yang dilekatkan pada belon itu. Ujar individu yang bertanggungjawab menghantar kejutan itu, dia sudah pun membayar ganti rugi kepada kanak-kanak ini susulan masalah teknikal yang berlaku kepada belon tersebut.

@coklatsurprise_melakabouquet duit terbang.. sungguh terbang.. kita tersurprise skali##duitterbang ##bouquet ##bouquetmelaka ##anniversarygift ##fypシ ##fyp ##tiktokmalaysia♬ original sound – user317656088509

Pada masa yang sama, kanak-kanak ini juga sudah pun mendapat belon yang baru menggantikan belonnya yang sudah ditiup angin.

Ha ah saya dah ganti cash plus bagi extra cash lagi dekat anak itu. Tersalah teknikal, dah ganti dah yang baru versi tak terbang.

“BUKA DALAM RUMAH YE LAIN KALI”

Lazimnya, belon helium akan diikat dengan sesuatu benda yang dikenali sebagai pemberat bagi mengelakkan belon tersebut terbang di udara. Oleh itu, orang ramai berkongsikan cadangan supaya lebih selamat untuk anda membuka ikatan reben di dalam rumah supaya insiden sebegini tidak berlaku. Rugi duit terbang tu…

Sumber: Tiktok Coklat Surprise Melaka

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×