Inspirasi

[VIDEO] Kumpul Duit Hasil Jual Ikan, Cikgu Kongsi Video Sebak Anak Murid Belikan Hadiah…

26
SHARES

Buat anda yang selalu mengikuti video-video viral di laman media sosial, pastinya tidak terlepas dalam mengenali Cikgu Farrah yang sering memuatnaik videonya memarahi anak-anak murid di sekolahnya. Ternyata, telatah guru ini mendapat perhatian ramai dan membuat orang terhibur.

Namun, disebalik sifatnya yang kelihatan garang dalam sesi pembelajaran, ada juga murid yang menunjukkan rasa ‘minat’ dan sayang terhadap guru tersebut. Paling menarik sekali adalah, pemberian hadiah dari murid ini mengundang sebak bagi sesiapa sahaja yang menonton video tersebut.

PERGI MEMANCING& JUAL IKAN, KUMPUL DUIT BELIKAN CIKGU LIPSTICK…

Menerusi video dalam Instagram Cikgu Farrah, murid ini menghadiahkannya gincu atau lipstick yang bernilai RM42. Mengundang sebak adalah murid ini membeli hadiah tersebut dengan hasil memancing dan menjual ikan di pasar untuk membeli hadiah tersebut buat guru dan ibunya.

Kalau dengar cara aku sembang dan tanya kahaq noh. Serupa tengah marah.. mak tiri memang lagutu. Hakikatnya aku dok tahan ja wey sebak sebab anak murid aku ingat nak beli kat aku bukan pasai harga tapi pasai teringat nak beli tu…

Memang dok tau dia rajin p “mengai” ikan pastu jual.. sambil-sambil tu dok nasihat sama kata bahaya… hati-hati kalau pi mengai… bagitau mak.. mak izin baru pi mengai.. mak tak izin jangan dok pi. Dia kumpoi duit beli lipmate kat aku 1, kat mak dia 1… iskhh la budak ni.. Tak tau nak kata apa wey…. syukur sangat depa ingat dekat cikgu depa… walaupun depa ni jaga hat hari-hari bagi aku menjerit macam kucing. 

Budak-budak lagutu la klau ampe nak tau.. sifat depa kira nak main ja… jerkah, nasihat sedia-sedia tapi nak kata gena lagi.. penat cakap tak sah kata la.. marah, berletiaq, semua tu jadi rutin… kadang sakit hati, kadang penyejuk hati… itu dah sebati…apapun aku takdak benda apa korek cari, melainkan doa yang baik-baik buat semua anak murid aku ni…walaupun depa janji bulan dan bintang dengan aku. 

‘SWEETNYA MURID NI!’

Bukan itu sahaja, posting ini mendapat pelbagai rekasi dari orang ramai yang mengikut akaun Instagram guru tersebut. Ramai yang turut sebak dan terharu dengan telatah murid tersebut yang bertungkus lumus mengumpul duit semata-mata ingin membeli hadiah kepada cikgunya.

*Semoga adik membesar menjadi anak yang soleh ya!

Sumber: Cikgu Farrah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×