Didik

VIDEO: Kostum Spiderman Dan Elsa, Tapi Diselitkan Unsur Porno? Awas, Anak Anda Mungkin Pernah Tengok!

164
SHARES

Berbeza dengan zaman dahulu, kanak-kanak tidak tahu langsung dan kurang didedahkan dengan media sosial dan teknologi. Balik sekolah, hanya fokus menyiapkan kerja sekolah dan pada waktu petang hanya bermain di kawasan perumahan. Tetapi, lain untuk kanak-kanak zaman sekarang. Pendedahan dengan media sosial seperti Instagram dan Youtube sudah menjadi ‘makanan ruji’ untuk mereka.

AWASI ANAK KETIKA MELAYARI YOUTUBE

Baru-baru ini, media sosial telah digemparkan dengan penemuan video di laman Youtube bernama Toy Channel. Toy Channel adalah satu laman video yang memaparkan gambaran video yang berkait rapat dengan kartun animasi seperti Elsa dari Frozen, superhero seperti Spiderman dan mana-mana sahaja kartun yang diminati oleh kanak-kanak. Tetapi, lagak dan aksi mereka agak melencong dari kartun yang asal dimana mereka menyelitkan unsur-unsur lucah dan tidak sesuai untuk kanak-kanak.

http://www.real.com/

http://www.real.com/

Apa yang menakutkan adalah, mereka sudah bertapak lama dalam menerbitkan video-video sebegini. Agaknya, adakah anak-anak anda turut terjebak menonton video ini ? Bahaya kalau anda membiarkan anak anda melayari Youtube untuk menonton rancangan yang digemari dengan sendiri kerana, video dari Toy Channel ini akan ‘pop up’ secara tiba-tiba semasa anak sedang menonton. Pandai betul taktik mereka kan? Awasi anak anda sebelum terlambat!

www.youtube.com

www.youtube.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×