Famili

[VIDEO] Kanak-Kanak Pimpin Tangan Ibu Buta Keluar Bank Undang Sebak

49
SHARES

Menjadi lumrah apabila kanak-kanak yang masih kecil masih berlari-lari, bermain bersama kawan-kawan di taman permainan. Namun tidak bagi seorang kanak-kanak yang viral di laman sosial media apabila menggalas tugas menjaga ibu cacat penglihatan walaupun masih kecil lagi. Seperti video yang dikongsikan ini, kita dapat lihat kanak-kanak ini memimpin tangan ibunya keluar dari bank.

Baca juga: [VIDEO] Anak Minat Anak Jiran, Mak Sporting Suruh Hantar Laksa Ambil Hati

PIMPIN TANGAN IBU BUTA

Video pendek yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali dengan nama Hezry Hashim memaparkan seorang wanita yang mengalami masalah penglihatan bersama anak perempuannya berada di bank untuk menyelesaikan beberapa urusan. Tetapi apa yang lebih menarik perhatian adalah tindakan spontan kanak-kanak tersebut yang memimpin dan memegang erat tangan si ibu untuk keluar dari premis berkenaan.

@hezryhashimsemoga dipermudahkan urusan anak kecik ni..♬ Tuhan Jaga Dia Untukku – Fiena

Meskipun usianya masih kecil tetapi kanak-kanak ini sudah menunjukkan sikap yang matang dan bertanggungjawab membantu si ibu.Video tersebut telah mendapat hampir 300k tontonan.

‘BAIKNYA AWAK, ADIK…’

Menjengah di ruangan komen, kebanyakan netizen mengakui terharu dan bangga melihat aksi kanak-kanak tersebut. Tidak kurang juga, ada yang menyifatkan kanak-kanak ini seorang yang bertanggungjawab kerana sudi membantu si ibu meskipun usianya masih kecil. Mereka turut mendoakan agar kedua beranak ini dipermudahkan segala urusan.

Sumber: Tiktok @hezryhashim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×