Famili

[VIDEO] Kanak-Kanak Jatuh Dari Kenderaan Bergerak, Nak ‘Luruh’ Jantung!

173
SHARES

Menjaga keselamatan anak-anak apabila berada di luar rumah perlu dititikberatkan oleh ibu bapa. Itu juga termasuk dengan keselamatan anak-anak ketika berada di dalam kenderaan. Terbaharu, satu kejadian di Kangar, Perlis dimana seorang kanak-kanak jatuh dari sebuah kenderaan yang bergerak.

MACAM NAK LURUH JANTUNG!

“Macam nak luruh jantung,” demikian kata seorang wanita apabila ternampak seorang kanak-kanak terjatuh dari sebuah kereta dalam kejadian berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (perempuan) Kangar di sini hari ini.

Adybah Zafirah yang memuat naik rakaman video kejadian berdurasi seminit di akaun Facebook miliknya menunjukkan mangsa berusia antara dua hingga tiga tahun terjatuh dari kereta jenis Perodua Viva kira-kira pukul 8.54 pagi ini. Dalam kejadian itu, suami Adybah dikatakan sempat memberhentikan kereta sebelum bergegas keluar untuk melihat keadaan kanak-kanak tersebut.

Dua individu dipercayai ibu bapa mangsa yang menyedari kejadian turut memberhentikan kereta dan berlari ke arah kanak-kanak terbabit yang berada di atas jalan raya. Mangsa kemudian diangkat dan dibawa masuk semula ke dalam kenderaan berkenaan.

MUJUR ALLAH LINDUNG

Ibu bapa kanak-kanak tersebut turut meluahkan rasa bersyukur kerana Allah melindungi kanak-kanak terbabit daripada kejadian yang tidak diingini. Hal ini kerana, kita mungkin tidak tahu jika perkara sebaliknya berlaku apabila kenderaan lebih laju lalu di jalan tersebut.

“Mujur Allah lindungi budak itu dan mujur juga laki (suami) tak laju. Kalau tidak, tak tahu apa yang akan terjadi jika kena langgar.

“Mak dan ayah kena selalu beringat, tolong kunci pintu atau buat kunci kanak-kanak (child lock). Takut anak jatuh kereta macam ini,” katanya dalam status Facebook di sini hari ini.

Video tersebut telah dikongsi 236 kali dan mendapat komen sebanyak 177 oleh warganet rata-rata bersyukur kerana mangsa selamat di samping menasihatkan ibu bapa untuk sentiasa mengunci pintu kereta apabila membawa anak kecil.

Sumber: Kosmo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×