Asuh

[VIDEO] Kanak-Kanak ‘Curi Peluang’ Buli Rakan Di Taska, Kecil Lagi Dah Melampau!

1.7K
SHARES

Sebelum ini kita sering dikejutkan dengan kes-kes penderaan kanak-kanak di pusat penjagaan. Namun kes ini berkurangan apabila mendapat tempat dan perhatian pihak berkuasa yang sering memantau sistem yang digunapakai oleh pusat penjagaan kanak-kanak termasuk Taska.

Namun, berbeza pula dengan perkongsian video ini dimana anda boleh saksikan seorang kanak-kanak membuli kanak-kanak yang lain di dalam pusat jagaan yang sama! Ini membangkitkan rasa marah dan risau dalam kalangan ibu bapa kerana mungkin akan terjadi kepada anak-anak sendiri.

TENDANG DAN PUKUL KANAK-KANAK DI TASKA

Kejadian yang dikatakan berlaku di salah sebuah taska di Thailand ini mendapat pelbagai respon dari ibu bapa di laman media sosial. Menurut pemerhatian di dalam video, kita dapat lihat seorang kanak-kanak yang lebih muda dipukul dan ditendang oleh kanak-kanak yang lebih dewasa di pusat penjagaan tersebut.

Apa yang meragukan lagi adalah, ramai yang mempersoalkan dimanakah para penjaga sepanjang kejadian tersebut berlaku? Walaupun kejadian ini berlaku di negeri seberang iaitu Thailand, sudah pasti ramai dalam kalangan ibu bapa yang tidak mahu perkara ini turut berlaku di negara kita.

‘NI KALAU DEPAN MATA MEMANG DAH KENA!’

Posting video berdurasi 1:36 minit itu mendapat hampir dua ribu perkongsian di laman Facebook. Ramai ibu bapa juga turut berkongsikan pandangan dan luahan setelah menonton video berkenaan. Bukan itu sahaja, ramai juga yang bersetuju bahawa pendidikan dari rumah amatlah penting supaya dapat menjamin kelakuan anak ketika berada di luar.

Sumber: Kelantan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×