Famili

[VIDEO] Isteri Simbah Minyak Panas Dekat Suami Selepas Disuruh Goreng Ikan

91
SHARES

Jangan dibuat main-main amarah si isteri, gara-gara disuruh menggoreng ikan seorang wanita berusia 40 tahun di Nusa Tenggara Barat, Indonesia bertindak di ‘luar kawalan’ dengan menyimbah minyak panas kepada suaminya! Dikenali sebagai Anwar dan berusia 50 tahun, si suami pula yang menjadi mangsa. Kejadian tersebut berlaku Sabtu (31/7/2021) yang lalu, sekitar jam 4.30 petang di rumah mereka.

Baca juga: [VIDEO] Anak Minat Anak Jiran, Mak Sporting Suruh Hantar Laksa Ambil Hati

KENA SIRAM MINYAK PANAS DENGAN ISTERI

View this post on Instagram

 

A post shared by Biru Rina (@rina.senja1)

Menerusi laporan yang dipetik daripada Kompas, mangsa dipercayai ‘disiram’ minyak panas oleh isterinya ketika sedang baring dan menunggu ikan yang dimintanya. Susulan daripada itu, wajah dan seluruh badan mangsa melecur akibat tindakan si isteri. Ujar Ketua Polis Madapangga Iptu Ruslan, menerusi maklumat yang diberikan anak kandung mangsa, pada mulanya Anwar meminta isterinya untuk menggoreng ikan dan isterinya bergegas ke dapur bagi memenuhi kehendak suaminya.

Tidak lama kemudian, si isteri secara tiba-tiba datang dan menghampiri suaminya sambil membawa kuali yang berisi minyak panas sebelum bertindak mencurah minyak panas tersebut kepada badan mangsa.

Punca kejadian adalah kerana mangsa meminta isterinya untuk menggoreng ikan. Semasa mangsa sedang berbaring, si isteri secara tiba-tiba mencurah minyak panas kepada suaminya sendiri.

SUDAH DITAHAN POLIS

Susulan daripada itu, suspek sudah pun ditahan oleh pihak polis susulan laporan yang dibuat oleh keluarga suaminya itu. Kini, pihak polis masih menyiasat motif sebenar mengapa wanita itu berbuat demikian kepada suaminya sendiri.

Tidak lama setelah menerima laporan, pihak polis ke tempat kejadian bagi menyelamatkan mangsa. Mereka kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Bima bagi membantu siasatan.

Sumber: Kompas, Biru Rina

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×